awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
JKNK rekod lebih 11,000 kes HFMD di Kelantan setakat Jun
DUNIA
10 teknologi baharu 2025 bakal ubah masa depan bandar, kesihatan dan tenaga
BISNES
Perkhidmatan EV khas Grab Malaysia pertingkat agenda mobiliti, kemampanan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GADGETS

Cip Exynos 2500 dilancar secara rasmi

Amanz
Amanz
24/06/2025
03:45 MYT
Sponsor Banner
Cip Exynos 2500 dilancar secara rasmi
Cip ini dilengkapi NPU berkuasa tinggi dengan prestasi AI sehingga 59 TOPS, menyokong storan LPDDR5X dan UFS 4.0, serta ISP yang menyokong kamera sehingga 320MP dan rakaman video 8K30FPS. -Amanz
SAMSUNG secara rasmi telah melancarkan cip terbaharu Exynos 2500 yang dibangunkan menggunakan teknologi 3nm Gate-All-Around (GAA).

Ringkasan AI
  • Samsung melancarkan cip Exynos 2500 dengan teknologi 3nm GAA, menampilkan konfigurasi CPU berprestasi tinggi dan GPU Xclipse 950 berasaskan AMD RDNA 3 yang menyokong ray tracing serta paparan 4K 120Hz.
  • Cip ini dilengkapi NPU berkuasa tinggi dengan prestasi AI sehingga 59 TOPS, menyokong storan LPDDR5X dan UFS 4.0, serta ISP yang menyokong kamera sehingga 320MP dan rakaman video 8K30FPS.
  • Ia turut hadir dengan modem Exynos 5400 yang menyokong 5G mmWave, sambungan satelit, Bluetooth 5.4 dan Wi-Fi 7, dan dijangka digunakan pertama kali dalam Galaxy Z Flip 7 secara global.

Ia menampilkan konfigurasi 1 x Cortex-X5 (ARM Cortex-X925) pada 3.3GHz, 2 x Cortex-A725 pada 2.74GHz, 5 x Cortex-A725 pada 2.36GHz dan 2 x Cortex-A520 pada 1.8GHz.
Cip ini dilengkapi dengan unit pemproses grafik Samsung Xclipse 950 berasaskan seni bina AMD RDNA 3.
GPU ini menyokong ray tracing untuk memberikan pengalaman permua yang lebih realistik. Ia turut menyokong paparan beresolusi sehingga 4K dan kadar segar semula setinggi 120Hz.
Exynos 2500 turut hadir dengan NPU berkuasa tinggi yang mampu mencapai sehingga 59 trilion operasi sesaat (TOPS) dengan peningkatan 39% prestasi AI pada peranti.
Cip ini turut menyokong storan jenis LPDDR5X RAM dan UFS 4.0. Selain itu, ISP pada Exynos 2500 menyokong sensor kamera sehingga 320MP dan keupayaan rakaman video 8K30FPS.
Melengkapi keupayaannya ialah modem Exynos 5400 yang menyokong piawaian 3GPP Rel. 17 termasuk sambungan 5G mmWave dengan kelajuan muat turun mencecah 12.1Gbps.
Ciri sambungan lain yang turut disokong termasuk sambungan satelit, Bluetooth 5.4, dan Wi-Fi 7.
Cip ini dijangka akan digunakan dalam Galaxy Z Flip 7 yang menjadikannya peranti pertama yang menggunakan Exynos 2500 secara global. -Amanz
Topic Berkaitan
#Samsung
#Exynos 2500
#teknologi 3nm GAA
#GPU Xclipse 950
#AMD RDNA 3
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami