GADGETS
Cip MediaTek Dimensity 9400+ dilancarkan dengan CPU lebih pantas
Cip ini mempunyai 8 teras CPU, GPU Immortalis-G925 MC12, dan NPU 890 generasi kelapan yang menjalankan model AI seperti Gemini Nano, serta teknologi 3nm TSMC. -Amanz
Cip pemproses mercu terbaru MediaTek Dimensity 9400+ dilancarkan semalam dan telah pun digunakan pada siri Oppo Find X8s.
Ringkasan AI
- MediaTek Dimensity 9400 dilancarkan semalam dan digunakan pada siri Oppo Find X8s, dengan CPU berkelajuan lebih tinggi daripada Dimensity 9400.
- Cip ini mempunyai 8 teras CPU, GPU Immortalis-G925 MC12, dan NPU 890 generasi kelapan yang menjalankan model AI seperti Gemini Nano, serta teknologi 3nm TSMC.
- Dimensity 9400 menyokong memori LPDDR5X, storan UFS 4.0 MCQ, kamera sehingga 320MP, rakaman video 8K 60FPS, skrin WQHD sehingga 180Hz, peranti tri-skrin boleh lipat, WiFi 7, 5G Sub 6GHz, dan Bluetooth 5.4.
Ia mirip dengan Dimensity 9400 cuma dengan CPU yang beroperasi pada kelajuan lebih tinggi.
Dimensity 9400+ hadir dengan 8 teras CPU yang terdiri daripada satu teras Cortex-X925 pada kelajuan 3.73 GHz, tiga teras Cortex-X4 pada kelajuan 3.3 GHz, dan empat teras Cortex-A720 pada kelajuan 2.4 GHz.
Ia turut dilengkapi GPU Immortalis-G925 MC12 dan NPU 890 generasi kelapan yang membolehkan ia menjalankan pelbagai model AI seperti Gemini Nano terus daripada sebuah telefon pintar.
Satu lagi penambahbaikan dilakukan pada NPU yang kini boleh melakukan proses kecerdasan buatan (AI) 20% lebih pantas.
Teknologi 3nm TSMC telah digunakan bagi menghasilkan cip ini.
Cip mercu ini menyokong memori LPDDR5X, storan UFS 4.0 + MCQ, mampu menyokong kamera sehingga 320MP, rakaman video 8K 60FPS, skrin WQHD+ sehingga 180Hz, sokongan peranti tri-skrin boleh lipat, WiFi 7, 5G Sub 6GHz, dan Bluetooth 5.4. -Amanz