Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Trump & Pemimpin Serantau Berhimpun – Sorotan, Video & Analisis – Ikuti Di Sini
GADGETS

Cip Snapdragon 6s Gen 4 dilancar dengan teknologi 4nm

Amanz 25/10/2025 | 06:14 MYT
Cip ini menyokong ciri grafik seperti Variable Rate Shading dan Game Quick Touch, serta kamera sehingga 200MP, rakaman video 2K dan paparan FHD 144Hz. -Foto Amanz
QUALCOMM telah memperkenalkan cip Snapdragon 6s Gen 4 baharu yang direka khusus untuk telefon pintar mampu milik dan bajet.


Ringkasan AI
  • Qualcomm memperkenalkan cip Snapdragon 6s Gen 4 untuk telefon pintar bajet, dengan teknologi 4nm dan prestasi CPU serta GPU yang dipertingkat berbanding generasi terdahulu.
  • Cip ini menyokong ciri grafik seperti Variable Rate Shading dan Game Quick Touch, serta kamera sehingga 200MP, rakaman video 2K dan paparan FHD 144Hz.
  • Ia turut dilengkapi teknologi 5G Release 16, Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.4, namun pengeluar peranti yang akan menggunakan cip ini masih belum diumumkan.


Cip ini dibina menggunakan teknologi 4nm dan dilengkapi lapan teras CPU yang terdiri daripada empat teras prestasi sehingga 2.4GHz dan empat teras cekap tenaga mencapai 1.8GHz.

Menurut Qualcomm, penawaran ini mampu meningkatkan prestasi CPU sehingga 36%, dan prestasi GPU sehingga 59% berbanding generasi terdahulu.

Cip ini turut dilengkapi ciri perisian Variable Rate Shading (VRS) bagi meningkatkan kecekapan paparan grafik, serta Game Quick Touch yang berfungsi mengurangkan kelewatan input semasa permua.

Selain itu, ia menyokong penggunaan memori LPDDR5 berkelajuan tinggi sehingga 3200MHz untuk prestasi yang lebih lancar.

Snapdragon 6s Gen 4 menyokong sensor kamera sehingga 200MP dan rakaman video dalam resolusi 2K.

Ia turut dilengkapi teknologi Multi-Frame Noise Reduction (MFNR) yang membantu menghasilkan imej lebih jelas dan terperinci dalam keadaan pencahayaan rendah.

Selain itu, cip ini menyokong kandungan kadar bingkai tinggi pada paparan FHD+ 144 Hz. Di samping, ia menyokong standard 5G Release 16, teknologi Wi-Fi 6E berkelajuan muat turun sehingga 2.9Gbps serta Bluetooth 5.4 untuk sambungan yang lebih stabil.

Setakat ini, Qualcomm masih belum mengesahkan pengeluar peranti atau penawaran rasmi cip Snapdragon 6s Gen 4 ini di pasaran. -Amanz







#qualcomm #cip Snapdragon 6s Gen 4 #teknologi 4nm #Variable Rate Shading #Game Quick Touch