CIQ BSI alami gangguan bekalan elektrik selama satu jam

Bernama
Februari 21, 2024 13:23 MYT
Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, mengalami gangguan bekalan tenaga elektrik selama sejam, petang tadi. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, mengalami gangguan bekalan tenaga elektrik selama sejam, petang tadi.
Unit Komunikasi dan Korporat Pejabat Imigresen BSI menerusi hantaran di Facebook memaklumkan gangguan itu berlaku pada jam 4.15 petang, sebelum pulih sejam kemudian selepas tindakan pemulihan dilakukan pihak berwajib.
"5.15 petang, bekalan elektrik telah kembali pulih dan semua zon pemeriksaan beroperasi seperti sedia kala.
"Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai yang bertugas di BSI, yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah serta dedikasi, bagi memastikan aliran pergerakan pelawat berjalan dengan lancar," menurut hantaran itu.
CIQ BSI mengalami gangguan bekalan elektrik buat kali kedua dalam tempoh beberapa bulan, selepas yang pertama pada Disember tahun lepas.
-- BERNAMA
#Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin #CIQ BSI #gangguan bekalan elektrik #Bangunan Sultan Iskandar