awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pencalonan Oscars 2026: Lima aktor bersaing bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik
Selepas menanti 24 jam, emas 100m T12 kekal milik Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ciri cipta acara pada WhatsApp Group bakal tiba tidak lama lagi

Amanz
Amanz
27/03/2024
04:00 MYT
Ciri cipta acara pada WhatsApp Group bakal tiba tidak lama lagi
Pengguna boleh letak judul, tarikh, masa, jenis panggilan, lokasi, butiran acara dan mengintegrasikan pautan WhatsApp Call. -Gambar fail/Reuters
DUA bulan lepas, telah kami laporkan yang WhatsApp menguji ciri untuk menyemat/pin acara dalam komuniti WhatsApp Group.
Terbaharu, TheSPAndroid menemui butiran lanjut yang ciri ini tidak terhad kepada kumpulan di dalam komuniti sahaja tetapi kumpulan tersendiri turut boleh menggunakannya.
Lebih menarik, mencipta acara pada WhatsApp adalah seakan menggunakan Google Calendar.
Pertama pengguna boleh sunting butiran acara pada bila-bila masa.
Dalam acara, pengguna turut boleh letakkan judul, tarikh, masa, jenis panggilan sama ada panggilan video atau suara, menyertakan lokasi, butiran acara dan juga mengintegrasikan terus pautan WhatsApp Call.
Semua acara yang dicipta kemudiannya boleh dilihat dalam butiran WhatsApp Group.
Seperti mana-mana aplikasi kalendar, pengguna turut boleh memberi maklum balas sama ada ingin menyertai acara atau tidak.
Notifikasi pemberitahuan acara bakal bermula turut akan dipaparkan dalam tetingkap sembang. Acara turut boleh dibatalkan bergantung kepada penganjur.
Cuma buat masa ini masih tidak jelas adakah semua ahli kumpulan boleh cipta acara atau pentadbir sahaja.
Sama-sama kita nantikan kehadiran ciri ini tidak lama lagi. Jika ia ditawarkan awal, acara rombongan Hari Raya pasti akan dipenuhi dalam WhatsApp Group keluarga dan rakan. -Amanz
Topic Berkaitan
#WhatsApp Group
#cipta acara
#acara dalam komuniti
#Google Calendar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan