awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Rakyat Malaysia dijangka dibawa keluar dari Iran Jumaat ini - Fahmi
DUNIA
Tiada bukti Iran sedang bangunkan senjata nuklear - Ketua IAEA
BISNES
Future Energy Leaders edisi kedua, program kemahiran Tenaga Kelestarian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GADGETS

Ciri pembaharuan Pas My50 guna aplikasi bakal dilancar

Amanz
Amanz
18/06/2025
03:30 MYT
Ciri pembaharuan Pas My50 guna aplikasi bakal dilancar
Petunjuk terbaharu dari Rapid KL menunjukkan pelancaran semakin hampir, namun tiada tarikh rasmi diumumkan setakat ini. -Amanz/X
MY50 ialah pas untuk perkhidmatan pengangkutan awam meliputi perkhidmatan LRT, Monorail, MRT, bas Rapid KL dan juga bas BRT.

Ringkasan AI
  • Rapid KL melalui akaun X rasmi memberi petanda bahawa ciri pembaharuan pas My50 melalui TNG eWallet akan dilancarkan tidak lama lagi.
  • Walaupun ciri ini dijanjikan bermula Mei 2025, ia masih belum diaktifkan sehingga pertengahan Jun, menyebabkan pengguna menunggu lebih lama daripada yang dijadualkan.
  • Petunjuk terbaharu dari Rapid KL menunjukkan pelancaran semakin hampir, namun tiada tarikh rasmi diumumkan setakat ini.

Awal Januari lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan Rapid KL akan mula menerima pembaharuan pas My50 menggunakan TNG eWallet berkuat kuasa Mei 2025.
Mei berganti Jun dan ciri masih belum diaktifkan.
Pagi ini akaun X RapidKL memberikan petanda ciri ini akhirnya akan dilancarkan.
Nantikan. #RapidKL pic.twitter.com/6YdHybaWMN
— Ask Rapid KL (@askrapidkl) June 17, 2025
Dalam pengumuman November tahun lalu, pengguna juga boleh menggunakan kad TNG NFC sebagai pas My50 selepas sekian lama hanya boleh dilakukan menerusi MyKad sahaja.
Ciri ini sudah terlalu lama diminta pengguna pengangkutan awam kerana pembayaran menggunakan telefon pintar adalah jauh lebih mudah, selari dengan perkembangan semasa dan tidak memerlukan kad fizikal keluarkan setiap kali menggunakan kenderaan pengangkutan awam.
Tahun lalu pas ini mempunyai 220,000 pengguna aktif bulanan berbanding 98,000 pengguna sahaja pada tahun 2019.
Ia diperkenalkan bagi mengurangkan kos pengangkutan rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan Rapid KL. -Amanz
Topic Berkaitan
#Pas My50
#pengangkutan awam
#TnG eWallet
#LRT MRT Monorail bas Rapid KL dan BRT
#Rapid KL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami