PUTRAJAYA: Jawatankuasa Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) telah meluluskan 5,621 permohonan mendapatkan vaksin untuk pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pengajian di luar negara.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin menjelaskan, kelulusan itu diberikan kepada pelajar-pelajar yang perlu melanjutkan pengajian di luar negara dalam masa terdekat.

"Setakat ini CITF telah meluluskan sebanyak 5,621 permohonan untuk pelajar-pelajar yang ingin menyambung pengajian ke luar negara dalam masa terdekat dan perlu mendapatkan vaksin mereka segera bagi tujuan tersebut," kata Khairy.

Beliau berkata demikian dalam sidang media mingguan CITF pada Isnin yang turut dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menurut Khairy, bagi pelajar-pelajar yang belum mendapatkan janji temu, mereka boleh membuat permohonan ke [email protected].

Beliau turut menjelaskan, permohonan itu perlu dibuat bagi pelajar-pelajar tersebut mendapatkan vaksin sebelum melanjutkan pengajian di luar negara.