awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Citroen Malaysia dengan model dan kemudahan baru

Astro Publication
Astro Publication
04/11/2014
04:34 MYT
Citroen Malaysia dengan model dan kemudahan baru
Naza Euro Motors baru-baru ini telah melangsungkan 2 majlis pelancaran dengan serentak: pertama untuk ruang pameran kereta terbaru mereka diPuchong, dan kedua pula untuk model Grand C4 Picasso terbaru.
Ruang pameran 4,000 kaki persegi Citroen Puchong adalah sebuah kemudahan 1S yang dibina dengan ruang menunggu DS, bilik perbincangan dan juga kemudahan WiFi percuma. Citroen Puchong adalah yang ke-6 selepas ruang pameran di Glenmarie, Shah Alam; Island Glades, Pulau Pinang; Juru Auto City, Prai; Johor Bahru, dan Naza Automall, Petaling Jaya.
“Dengan pelancaran Citroen Puchong, kehadiran kami di Lembah Klang semakin berkembang untuk menepati kehendak pasaran dan kekal kompetitif,” ujar Dato’ Samson Anand George, ketua pegawai operasi Naza Euro Motors Sdn Bhd. Ruang pameran ini terletak di Lot 18, 19 & 20 GF, IOI Business Park, Persiaran Puchong Jaya Selatan, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor.
Citroen Grand C4 Picasso Ini adalah sebuah model MPV yang mempunyai penggayaan unik yang turut dilengkapi dengan imbangan ruang dalaman dan spesifikasi yang hebat. Bukaan ke ruang kargo belakang dikuasakan dengan motor elektrik dan lampu menggunakan teknologi 3D LED. MPV ini turut dipasangkan dengan skrin 7-inci sebagai antara muka pemandu ke sistem-sistem kenderaan; sebuah lagi skrin 12-inci definasi tinggi untuk sistem navigasi, cruise control, bumbung panoramik dan fungsi urut di kerusi-kerusi pemandu dan penumpang hadapan. Antara peralatan keselamatan yang ada termasuk Park Assist, Blind Spot Monitoring System, Lane Departure Warning System dan sistem pandangan 360 darjah. Pacuan dijana oleh enjin 2.0-liter e-HDI diesel yang menghasilkan 148hp dan 370Nm.
Harga Citroen Grand C4 Picasso ini adalah RM184,926.20 (harga atas jalan tanpa insurans) yang termasuk waranti 5 tahun (tanpa had jarak perjalanan).
Topic Berkaitan
# C4
# Naza
#Citroen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan