GADGETS

Claude kini boleh mencari maklumat di internet

Amanz 21/03/2025 | 06:00 MYT
Anthropic telah menambah sokongan carian internet pada Claude menggunakan model Claude 3.7 Sonnet, tetapi akses ini terhad kepada pengguna berbayar sahaja. -Amanz
TIDAK semua perkhidmatan chatbot AI menyokong carian di internet. Ada yang hanya memproses maklumat dan menjana maklum balas berdasarkan set data yang dilatih sahaja seperti DeepSeek R1.


Ringkasan AI
  • Anthropic telah menambah sokongan carian internet pada Claude menggunakan model Claude 3.7 Sonnet, tetapi akses ini terhad kepada pengguna berbayar sahaja.
  • Claude menentukan sendiri jika ia memerlukan data terkini untuk membantu pengguna, sesuai untuk penyelidikan pasaran dan perbandingan harga produk.
  • Ciri carian internet ini terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat buat masa ini, dengan rencana untuk mengembangkannya kepada pengguna percuma dan semua negara tidak lama lagi.


Terbaharu, Anthropic telah menambah sokongan carian internet pada Claude dengan menggunakan model Claude 3.7 Sonnet.

Anthropic buat masa ini mengehadkan akses carian internet kepada pengguna berbayar sahaja.

Pengguna turut tidak boleh memilih untuk melakukan carian internet sendiri, sebaliknya Claude yang akan menentukan sama ada adakah ia memerlukan data terkini untuk membantu pengguna.

Menurut Anthropic, ciri ini sesuai untuk pasukan pemasaran untuk melakukan penyelidikan dengan mendapatkan data dan trend pasaran terkini.

Atau untuk pengguna yang ingin melakukan perbandingan harga produk secara lebih mendalam.

Ciri carian internet pada Claude ini turut terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini.

Anthropic berjanji yang mereka akan mengembangkan ciri ini kepada pengguna percuma dan untuk semua negara tidak lama lagi. -Amanz





#Anthropic #Claude #pengguna berbayar #sokongan carian Internet