awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
CAS benarkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya kembali beraksi - FAM
Lelaki warga emas meninggal dunia ketika terima rawatan akibat dipukul
ICC beri lampu hijau perbicaraan bekas Presiden Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cliff Umar dinobat juara GV7

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
14/12/2020
01:20 MYT
Cliff Umar dinobat juara GV7
Cliff berjaya menafikan kedudukan saingan sengitnya iaitu Muss, Ayu Damit, Oja dan Ashira yang merupakan antara tujuh finalis yang berjaya mara ke pusingan akhir. - Astro GEMPAK
PUTRAJAYA:Gegar Vaganza musim ke-7 (GV) melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Cliff Umar dinobatkan sebagai juara.
Cliff berjaya menafikan kedudukan saingan sengitnya iaitu Muss, Ayu Damit, Oja dan Ashira, antara tujuh finalis yang berjaya mara ke pusingan akhir.
Kemenangan itu membolehkan vokalis kumpulan Projek Pistol itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.
Cliff tampil dengan persembahan yang sangat bertenaga dengan menyampaikan lagu Nakal untuk segmen solo dan berduet bersama Juara GV 5 menerusi lagu Do Anything For Love.
Manakala dalam segmen battle, Cliff menyampaikan lagu Inilah Nasibku nyanyian asal Nico bersama dua perserta lain iaitu Muss dan Oja.
Naib Juara pula dimenangi oleh Muss dan tempat ketiga dimenangi oleh Ayu Damit.
Persembahan peserta pada malam finale diadili oleh juri tetap iaitu Datuk Ramli Ms dan Datuk Khadijah Ibrahim
Manakala Datuk Syafinaz Selamat kembali menduduki kerusi juri pada pentas akhir bersama Joe Flizzow sebagai juri jemputan
GV 7 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, berlangsung di Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.
Topic Berkaitan
#Gegar Vaganza
#Gegar Vaganza 7
#Cliff Umar
#Muss
#Oja
#Ayu Damit
#Linda Nanuwil
#Noraniza Idris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan