GADGETS
Cloudflare alami gangguan, Twitter dan Spotify antara platform terjejas
Ribuan laman web dan aplikasi utama terjejas oleh gangguan besar disebabkan oleh masalah teknikal penyedia infrastruktur internet global, Cloudflare, pada jam 5 petang waktu Malaysia hari ini. -Gambar fail
RIBUAN laman web dan aplikasi utama di seluruh dunia mengalami gangguan besar hari ini selepas penyedia infrastruktur internet global, Cloudflare, sekali lagi berdepan masalah teknikal — kurang sebulan selepas insiden serupa pada November lalu.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut kenyataan rasmi Cloudflare, gangguan bermula sekitar jam 5 petang waktu Malaysia akibat service degradation dalam sistem dalaman mereka, menyebabkan pelbagai perkhidmatan tidak dapat diakses atau mengalami kelewatan ketara.
Antara platform yang terjejas termasuk X, Spotify, ChatGPT, Zoom, LinkedIn, Fortnite, Canva, platform dagangan saham India seperti Groww, Zerodha, Angel One dan Upstox, serta laman pemantau gangguan Downdetector.
Pengguna di seluruh dunia melaporkan mesej ralat seperti 500 Internal Server Error dan Bad Gateway ketika cuba mengakses laman-laman tersebut.
Kebergantungan tinggi terhadap Cloudflare sebagai penyedia perkhidmatan DNS, CDN dan keselamatan siber menjadikan kesan gangguan ini sangat meluas.
Pakar keselamatan siber menyifatkan gangguan berulang ini sebagai petanda amaran terhadap keperluan memperluas kepelbagaian sistem sokongan internet.
Cloudflare dalam kenyataan lanjut memaklumkan pasukan teknikal sedang giat menjalankan pemulihan dan akan memberikan kemas kini berkala kepada pelanggan.
Setakat jam 6 petang waktu Malaysia, beberapa perkhidmatan dilaporkan pulih secara berperingkat.
Gangguan ini merupakan kali kedua dalam tempoh kurang sebulan, selepas insiden pada 18 November lalu yang turut menjejaskan ratusan laman web global.
Cloudflare belum mengesahkan punca sebenar gangguan terkini, namun menegaskan tiada bukti ia berpunca daripada serangan siber.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Ribuan laman web dan aplikasi utama terjejas oleh gangguan besar disebabkan oleh masalah teknikal penyedia infrastruktur internet global, Cloudflare, pada jam 5 petang waktu Malaysia hari ini.
- Platform seperti Twitter, Spotify, Zoom, dan lain-lain turut terjejas dengan pengguna mengalami 500 Internal Server Error dan Bad Gateway ketika cuba mengakses perkhidmatan tersebut.
- Kebergantungan tinggi terhadap Cloudflare sebagai penyedia DNS, CDN, dan keselamatan siber menimbulkan kesan yang meluas, dengan pakar keselamatan siber menganggap gangguan ini sebagai "tanda amaran" untuk meningkatkan kepelbagaian sistem sokongan internet.
Menurut kenyataan rasmi Cloudflare, gangguan bermula sekitar jam 5 petang waktu Malaysia akibat service degradation dalam sistem dalaman mereka, menyebabkan pelbagai perkhidmatan tidak dapat diakses atau mengalami kelewatan ketara.
Antara platform yang terjejas termasuk X, Spotify, ChatGPT, Zoom, LinkedIn, Fortnite, Canva, platform dagangan saham India seperti Groww, Zerodha, Angel One dan Upstox, serta laman pemantau gangguan Downdetector.
Pengguna di seluruh dunia melaporkan mesej ralat seperti 500 Internal Server Error dan Bad Gateway ketika cuba mengakses laman-laman tersebut.
Kebergantungan tinggi terhadap Cloudflare sebagai penyedia perkhidmatan DNS, CDN dan keselamatan siber menjadikan kesan gangguan ini sangat meluas.
Pakar keselamatan siber menyifatkan gangguan berulang ini sebagai petanda amaran terhadap keperluan memperluas kepelbagaian sistem sokongan internet.
Cloudflare dalam kenyataan lanjut memaklumkan pasukan teknikal sedang giat menjalankan pemulihan dan akan memberikan kemas kini berkala kepada pelanggan.
Setakat jam 6 petang waktu Malaysia, beberapa perkhidmatan dilaporkan pulih secara berperingkat.
Gangguan ini merupakan kali kedua dalam tempoh kurang sebulan, selepas insiden pada 18 November lalu yang turut menjejaskan ratusan laman web global.
Cloudflare belum mengesahkan punca sebenar gangguan terkini, namun menegaskan tiada bukti ia berpunca daripada serangan siber.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang menyebabkan gangguan besar yang dialami oleh ribuan laman web dan aplikasi utama di seluruh dunia baru-baru ini?
A: Gangguan tersebut berpunca daripada service degradation dalam sistem dalaman Cloudflare pada jam 5 petang waktu Malaysia. - Q: Apakah kesan gangguan tersebut kepada pengguna platform seperti Twitter, Spotify, dan lain-lain?
A: Pengguna dilaporkan mengalami kesukaran untuk mengakses platform tersebut dengan menerima mesej ralat seperti 500 Internal Server Error dan Bad Gateway. - Q: Mengapa kebergantungan tinggi terhadap Cloudflare dianggap sebagai punca kesan gangguan yang meluas?
A: Cloudflare merupakan penyedia perkhidmatan DNS, CDN, dan keselamatan siber, menyebabkan kesan gangguan ini meluas ke pelbagai platform yang bergantung padanya. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Cloudflare bagi mengatasi gangguan tersebut?
A: Cloudflare menyatakan bahawa pasukan teknikal mereka sedang menjalankan pemulihan dan akan memberikan kemas kini berkala kepada pelanggan. - Q: Adakah Cloudflare mengesahkan punca sebenar gangguan terkini yang berlaku?
A: Cloudflare belum mengesahkan punca sebenar gangguan terkini, tetapi menegaskan bahawa tiada bukti ia berpunca daripada serangan siber.
#Cloudflare
#masalah teknikal
#penyedia infrastruktur internet global
#500 Internal Server Error
#Bad Gateway