MALAYSIA
CMCF perkenal Garis Panduan Bahasa Isyarat Inklusif OKU
Garis panduan bahasa isyarat itu dibangunkan bersama komuniti OKU melalui beberapa siri perbincangan dan semakan dengan pihak berkepentingan. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) hari ini melancarkan Garis Panduan Bahasa Inklusif Orang Kurang Upaya (OKU), iaitu rujukan nasional yang dirangka bagi menyokong komunikasi lebih tepat, menghormati, dan inklusif merentasi media, pelantar digital, serta institusi awam.
CMCF dalam kenyataan berkata garis panduan ini dibangunkan bersama komuniti OKU melalui beberapa siri perbincangan dan semakan dengan pihak berkepentingan, bagi memastikan kesesuaiannya dalam konteks budaya Malaysia serta selaras dengan piawaian hak OKU di peringkat global.
"Garis panduan ini adalah respons kepada isu yang sekian lama dibangkitkan komuniti OKU mengenai penggunaan istilah dan gambaran ketidakupayaan yang berbahaya, tidak tepat, atau bersifat ableist, serta ketiadaan piawaian bahasa inklusif yang konsisten dalam ekosistem pelbagai bahasa di Malaysia.
"Ia menyediakan cadangan praktikal kepada wartawan, pencipta kandungan, jenama, pendidik dan agensi awam mengenai penggunaan istilah yang mencerminkan maruah, keupayaan diri dan pengalaman sebenar," menurut kenyataan itu.
CMCF memaklumkan penerbitan garis panduan tersebut akan menjadi rujukan utama organisasi media dalam menyokong polisi bilik berita serta memupuk pelaporan yang lebih bertanggungjawab dan berpusatkan hak OKU.
Bagi pencipta kandungan dan syarikat, garis panduan ini menawarkan panduan penggunaan bahasa yang menghindari stigma serta mempromosikan representasi yang adil dan tepat mengenai OKU.
"Bagi pembuat dasar dan institusi awam, ia menyediakan asas bersama yang dapat meningkatkan tahap inklusiviti, kepekaan, dan ketepatan komunikasi awam. Garis panduan ini dibangunkan melalui proses kolaboratif yang diselia CMCF, dengan input meluas daripada komuniti OKU, kumpulan advokasi, ahli bahasa, dan pengamal industri," menurut kenyataan itu.
Ketua Pegawai Eksekutif CMCF Mediha Mahmood berkata pembangunan garis panduan ini membuktikan banyak perkara boleh dicapai apabila komuniti OKU, pihak berkepentingan, industri, dan kumpulan advokasi bekerjasama.
"Bahasa yang jelas dan menghormati membantu meruntuhkan stigma serta membuka ruang bagi OKU diwakili sebagaimana mereka sebenarnya -- sebagai penyumbang, pemimpin, dan peserta setara dalam kisah negara," katanya.
Garis panduan itu antara lain merangkumi isu istilah lama atau berbahaya yang memesongkan pengalaman sebenar, stereotaip dan persepsi ableist, naratif bersifat infantilization atau sensasi, visual yang meminggirkan OKU, serta isu terkini seperti penerangan dijana kecerdasan buatan (AI) dan pelabelan kandungan digital.
Garis Panduan Bahasa Inklusif OKU boleh dimuat turun di laman sesawang CMCF: https://contentforum.my/wp-content/uploads/2025/12/Disability-Inclusive-Language-Guidelines.pdf.
-- BERNAMA