awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah guna PLS warga asing sedikit meningkat - Saifuddin Nasution
Tibi: Tiada arahan penutupan sekolah di Kota Tinggi - Exco
Perhimpunan GARAH: 'Kritik boleh, tetapi ganggu keselamatan akan dikenakan tindakan' - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CMO Sarawak nafi artikel dakwa Petros adakan penerokaan di Oman

Bernama
Bernama
22/07/2018
21:40 MYT
CMO Sarawak nafi artikel dakwa Petros adakan penerokaan di Oman
Kenyataan itu menjelaskan menjelaskan bahawa Petros, syarikat minyak negeri dan penyelia bersama industri minyak dan gas di Sarawak, tidak ada kaitan dengan penerokaan di Oman seperti didakwa. - Gambar hiasan
Pejabat Ketua Menteri (CMO) Sarawak pada Ahad menafikan kandungan artikel yang disiarkan oleh Sarawak Report, portal berita dalam talian", yang antara lain mendakwa syarikat minyak dan gas Sarawak, Petros, mengadakan penerokaan di Oman.
Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan ringkas di sini berkata merujuk kepada kandungan artikel bertajuk "Taib's Secret Interest in Sarawak's Petros Venture" bertarikh 20 Julai, CMO ingin menjelaskan bahawa Petros, syarikat minyak negeri dan penyelia bersama industri minyak dan gas di Sarawak, tidak ada kaitan dengan penerokaan di Oman seperti didakwa.
"Walaupun ada perjanjian persefahaman (MoU) ditandatangani tetapi ia telah luput dan ia hanya persefahaman untuk Petros membantu jika syarikat tersebut berhasrat untuk melabur di Sarawak.
"Artikel itu hanya spekulasi dalam usaha untuk memburukkan imej Petros atas sebab-sebab tertentu yang hanya diketahui oleh Sarawak Report." kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Menteri
#menteri
#minyak
#MoU
#Oman
#Petros
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan