awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Comango kemuka laporan hak asasi kepada PBB

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
11/03/2013
09:02 MYT
Comango kemuka laporan hak asasi kepada PBB
Satu laporan mengenai hak asasi manusia di Malaysia telah dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) oleh gabungan lebih 50 badan bukan kerajaan (NGO).
Laporan ini akan digunakan semasa penilaian rekod hak asasi manusia Malaysia menerusi mekanisme yang dikenali sebagai Penilaian Penggalan Sejagat (Universal Periodic Review, UPR) pada 24 Oktober nanti.
Setiap empat tahun setengah, kumpulan kerja UPR dalam Majlis Hak Asasi Manusia PBB akan menilai rekod hak asasi manusia kesemua 193 negara anggota PBB.
Wakil gabungan NGO-NGO Malaysia dalam Proses UPR (Comango), Honey Tan berkata kerajaan telah memberikan komitmen yang tinggi ketika sesi UPR pertama Malaysia pada tahun 2009.
"Kerajaan telah membuat banyak komitmen semasa sesi UPR pertama Malaysia pada tahun 2009, namun hanya 23 peratus daripadanya telah dilaksanakan dengan penuh," katanya yang juga merupakan wakil dari Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower).
Comango merupakan gabungan NGO Malaysia paling besar mengemukakan laporan UPR. Tiga puluh empat NGO dari seluruh negara berhimpun pada Julai tahun lepas untuk merangka kandungan laporan tersebut.
Beberapa NGO seperti Majlis Peguam, Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia telah menyerahkan laporan UPR kepada PBB.
"Proses UPR membolehkan kita membawa tumpuan global kepada isu-isu hak asasi manusia, terutama sekali isu-isu yang tidak diberikan perhatian dalam negara," kata wakil Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Wong Kar Fai.
Hasil daripada sesi UPR pertama Malaysia pada 2009, kerajaan Malaysia telah menerima pakai 62 daripada 103 syor-syor yang dikemukakan oleh negara-negara anggota PBB dan sebanyak 22 syor ditolak serta telah memberikan komen untuk baki 19 syor.
Comango berharap agar lebih banyak syor diterima pakai oleh kerajaan Malaysia selepas ini untuk memastikan hak asasi manusia lebih terjamin.
Topic Berkaitan
#Comango
#hak asasi
#Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan