MALAYSIA
CommFest2025 Jabatan Komunikasi UPM semarakkan visi MADANI
Pemasyhuran Piala Pusingan CommFest2025 oleh Dekan FBMK UPM, Prof Madya Dr. Hazlina Abdul Halim (kanan) bersama Ketua Jabatan Komunikasi, FBMK UPM, Dr. Julia Wirza Mohd Zawawi.
BERPAKSIKAN hasrat untuk menyemarakkan visi MADANI dalam kalangan mahasiswa, Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK, Universiti Putra Malaysia (UPM) melancarkan program tahunan CommFest2025 baru-baru ini.
Menurut Dekan FBMK Prof. Madya Dr Hazlina Abdul Halim, aktiviti penyemarakan visi Madani itu wajar dilaksanakan secara konsisten, seiring usaha menempa kecemerlangan akademik di menara gading.
“Visi masyarakat MADANI yang menggariskan peri perlunya berilmu, berkeampuhan dan beradaptasi dengan persekitaran, sejujurnya mendesak setiap mahasiswa membuat persediaan rapi seiring kegigihan yang berterusan dalam segenap aspek.
“Bersandarkan semangat sedemikian, pihak akademia, industri, dan masyarakat wajar berkolaborasi dalam membentuk ekosistem komunikasi yang inovatif dan mampan demi manfaat generasi masa depan,” tegas Hazlina melalui ucapan perasmiannya.
Berlandaskan hal tersebut, tambah Hazlina, temasya tahunan CommFest2025 yang dilancarkan ini diyakini berupaya menyediakan platfom kepada mahasiswa UPM untuk meneroka, memahami, dan meraikan buana komunikasi serba pantas.
Temasya selama dua hari tersebut diisi pelbagai aktiviti yang berorientasikan komunikasi dalam menghayati visi Madani, menerusi penglibatan kesemua pensyarah dan mahasiswa komunikasi universiti penyelidikan tersohor itu.
Antara acara yang dipertandingkan ialah Comm-Madness (bersama Institut Perhubungan Awam Malaysia), Rush & Reel (diskusi & tayangan filem pendek), Anchor Idol (pertandingan pembaca berita TV), Fruit Deco Challenge dan Fun Mania.
Hampir kesemua aktiviti memperlihatkan penglibatan para selebriti, penggiat media dan pelaksana dasar komunikasi tanahair kontemporari.
Antaranya termasuklah biduanita legenda, Salamiah Hassan, Editor Astro AWANI, Saharudin Musthafa, pelakon berkaliber Rosnah Johari dan dua sutradara filem pendek, Shahrul Azli Mohd Shukor dan Bebbra Mailin (filem Zaleha Ayam Patah & Ninavau).
Temasya yang direncanakan oleh Pengarah Program Bersama, Dr. Mohamad Noor Salehuddin Sharipudin dan Dr. Nur Atirah Kamaruzaman ini mendapat kerjasama dan penajaan individu, Fakulti, dan Universiti – selain WonderLab dan Wardah Beauty.