awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Nur Farah Kartini: AGC tolak representasi Lans Koperal
Skandal rasuah ATM: Siasatan tidak terhad kes tertentu - Azam Baki
Rayuan Najib untuk hidupkan semula saman terhadap Tommy Thomas ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Contohi akhlak dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW - Anwar

Hilmi Malik
Hilmi Malik
18/10/2021
14:47 MYT
Contohi akhlak dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW - Anwar
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedudukan Nabi Muhammad pada suatu ketika dahulu jelas menunjukkan Baginda menggalas tannggungjawab yang besar.
KUALA LUMPUR : Keperibadian Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan manusia biasa menjadi bukti bahawa sesebuah kepimpinan itu mampu diterajui dengan baik apabila ia berpandukan akhlak seseorang individu.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedudukan Nabi Muhammad pada suatu ketika dahulu jelas menunjukkan Baginda menggalas tannggungjawab yang besar.
“Untuk menyusup ke tengah-tengah masyarakat dan menyampaikan mesej tauhid, menongkah arus norma setempat, serta melancarkan perubahan buat mendobrak sistem jahiliyah yang usang, bukanlah suatu tugas yang mudah untuk diterima oleh sesiapa.
“Namun Nabi Muhammad SAW menyanggupi tugas itu. Justeru di sinilah antara lain, letaknya martabat kemuliaan dan semangat juang Baginda yang tinggi,” katanya sempena perutusan Maulidur Rasul pada Isnin.
Mengulas lanjut, Anwar Ibrahim turut menyentuh mengenai khutbah terkahir Baginda yang mengenepikan soal agama dan bangsa, sebaliknya semua insan mempunyai darjat yang sama.
Justeru katanya, adalah penting untuk menghayati pengorbanan Nabi Muhammad yang juga perlu disusuli dengan tindakan hasil penghayatan terhadap ajaran Baginda.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Maulidur Rasul
#Nabi Muhammad
#kepimpinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan