Peserta misi Women's Boat To Gaza (WBTG) Dr Fauziah Mohd Hasan berkata wanita Malaysia patut mencontohi kegigihan wanita Palestin yang tidak pernah mengenal erti putus asa dalam mencari kesempurnaan hidup.
Katanya walaupun berdepan pelbagai kesukaran, penderitaan dan serba kekurangan, wanita Palestin tidak pernah kecewa atau berputus asa mendidik anak-anak mereka walaupun terpaksa belajar di sekolah yang serba daif.
"Berkat kesabaran mereka mengharungi peperangan dengan Yahudi, ramai anak-anak muda Palestin menjadi insan berilmu dan terpelajar," katanya kepada Bernama selepas Sesi Perkongsian WBTG di Masjid Alwi di sini, hari ini.
Dr Fauziah dan suaminya Prof Dr Alauddin Mohd Ali serta seorang lagi anggota WBTG Norsham Abu Bakar menjadi panel program tersebut anjuran bersama Rose 2 Rose, WBTG, MyCare, Aqsa Syarif, Ikram, Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs), Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Masjid Alwi. Pengarah JAIPs Dr Hazman Hassan merasmikan program itu yang berlangsung hampir dua jam.
Pada program itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor menyampaikan cek bernilai RM10,000 kepada Dr Fauziah yang juga pemegang amanah Tabung Bantuan Gaza MyCare (MyCare). Beberapa sekolah dan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan turut menyampaikan sumbangan kepada tabung itu.
Dr Fauziah berkata setelah dua kali berjaya memasuki Gaza pada 2012 dan 2014 untuk menyerahkan bantuan kemanusiaan, beliau melihat bagaimana penduduk Palestin di situ khususnya wanita melakukan pelbagai usaha untuk meneruskan kelangsungan hidup.
"Di Gaza terdapat kira-kira dua juta penduduk dan mustahil saya dapat melihat semuanya tetapi keperitan hidup mereka akibat kekejaman Israel yang mneyekat jalan keluar masuk sangat menyusahkan kehidupan mereka," katanya.
Menurutnya dalam tempoh enam tahun lalu, MyCare menyerahkan sumbangan berjumlah RM75 juta kepada penduduk di Gaza yang digunakan, antaranya, sebagai modal perniagaan, bercucuk tanam dan pendidikan.
Dr Fauziah menjadi perhatian rakyat Malaysia khasnya dan dunia umumnya apabila beliau bersama-sama sekumpulan 12 wanita daripada pelbagai negara melakukan misi kemanusiaan WBTG dengan sebuah kapal yang dikendalikan kapten wanita, namun ditahan pihak berkuasa Israel di perairan Mediterranean sebelum sampai di Gaza.
Kejadian pada 5 Okt lepas menyebabkan mereka dipenjarakan satu malam oleh Israel kerana dituduh menceroboh masuk secara tidak sah sebelum dibebaskan dan dihantar pulang ke negara masing-masing.
Dr Fauziah, 61, yang mempunyai tiga orang anak dan enam cucu berkata pengalaman yang dirasai termasuk menempuh ombak dan laut bergelora dalam pelayaran itu tidak melemahkan semangatnya untuk terus menyertai misi kemanusiaan ke Gaza di masa depan.
"Saya kagum dengan seorang peserta rakyat Ireland Utara yang bukan beragama Islam, tiga kali ditahan oleh Israel sebelum ini namun masih sanggup menghadapi kesusahan hanya untuk memenuhi misi kemanusiaan kepada rakyat Gaza," katanya.
Dr Fauziah yang merupakan doktor pakar Obstetrik dan Ginekologi di Hospital KPJ Ampang, Selangor ditugaskan menjaga kesihatan para peserta di dalam kapal.
Beliau berkata Malaysia diberi kepercayaan untuk menjadi penganjur misi kemanusiaan ke Gaza seterusnya kerana komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh rakyat negara ini dalam membantu penduduk Palestin.
Katanya satu mesyuarat dijangka disertai wakil negara dari lima benua akan diadakan di Kuala Lumpur pada Mei tahun depan bagi membincangkan misi seterusnya.
Menurut Dr Fauziah, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah menyatakan sokongan kerajaan terhadap misi itu.
Norsham yang merupakan pemegang amanah MyCare berkata tabung itu mendapat kelulusan Bank Negara untuk membuat kutipan derma bagi rakyat Palestin. -- Bernama
Bernama
Sun Nov 06 2016
DR FAUZIAH: Wanita Palestin tidak pernah kecewa atau berputus asa mendidik anak-anak mereka walaupun terpaksa belajar di sekolah yang serba daif. - fotoBERNAMA/Fail
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Dr Fadi pakar elektronik, bukan pakar senjata
Orang ramai digesa tidak berkongsi maklumat tidak sahih dan tidak pasti kebenarannya kerana ia boleh membahayakan banyak pihak.
Women's Boat to Gaza menghampiri perairan Gaza
Dr Fauziah Mohd Hasan bersama 12 aktivis kemanusiaan lain dijangka memasuki perairan Gaza, Palestin kira-kira 11 pagi esok waktu Malaysia.