Sarawak layak menjadi model keharmonian sosial negara atas kejayaannya mewujudkan suasana aman damai dalam kalangan penduduk pelbagai kumpulan etnik dan subetnik yang paling banyak berbanding negeri-negeri lain di Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana menteri berkata keharmonian inilah yang seterusnya membawa kepada pencapaian ekonomi yang berterusan, sekali gus membawa kepada penyaluran lebih banyak projek pembangunan, terutama di kawasan luar bandar di negeri ini.
Katanya berdasarkan kepada persekitaran di Sarawak, ia jelas menjadi bukti bahawa kerajaan Barisan Nasional(BN) mampu membawa kejayaan cemerlang, menerusi keharmonian dan kestabilan yang dikecapi bersama.
"Kejayaan ini tidak boleh dipandang ringan, tidak seharusnya kita ambil mudah, kerana kalau kita tolak apa yang kita warisi hari ini, belum tentu apa yang dikejar akan kita dapat, oleh itu marilah kita di Hari Gawai ini bersyukur dengan apa yang kita kecapi dan terus bina kejayaan lebih besar di masa akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian semasa melawat Rh Jarek ak Klambu di Kampung Tunku Abdul Rahman, Lambir, kira-kira 20 kilometer dari sini, sebagai satu daripada atur cara beliau dalam lawatan dua hari ke Sarawak sempena sambutan Hari Gawai.
Turut serta dalam kunjungan ke Rh panjang etnik Iban itu ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu ak Numpang, serta beberapa menteri persekutuan, menteri negeri dan pemimpin-pemimpin tempatan.
Dalam ucapannya, Najib yang baru pulang dari lawatan kerja ke China berkata, beliau bertandang terus ke Miri untuk sambutan Gawai kerana: "Saya percaya dengan konsep berkongsi kegembiraan sebagai rakyat Malaysia, percaya kepada keterangkuman. Negara ini milik kita semua, dan kita harus bekerja bersama di bawah semangat 1Malaysia," katanya.
Beliau amat menghargai sokongan serta komitmen yang ditunjukkan oleh semua komuniti di Sarawak kepada kepimpinan BN, dan turut berikrar akan terus membuat pertimbangan sebaiknya dalam meluluskan lebih banyak projek pembangunan di Sarawak.
Perdana menteri berkata dalam beberapa kunjungannya ke Sarawak sejak tahun 2009 lagi, beliau telah meluluskan banyak projek pembangunan di negeri ini, yang kosnya dianggar menjangkau lebih RM2 bilion.
Terdahulu Najib diberikan sambutan cukup meriah dalam kunjungannya ke rumah panjang itu, termasuk dipersembahkan dengan tarian tradisional pahlawan Iban, tarian ngajat, acara berpantun dan sebagainya.
Beliau dijangka menghadiri majlis sempena sambutan Hari Gawai di Dataran Kipas Miri di sini bersama pemimpin-pemimpin negeri malam ini sebelum berlepas pulang.
Bernama
Mon Jun 02 2014
Najib: berdasarkan kepada persekitaran di Sarawak, ia jelas menjadi bukti bahawa kerajaan Barisan Nasional(BN) mampu membawa kejayaan cemerlang, menerusi keharmonian dan kestabilan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
325 penghuni sayu rumah panjang musnah terbakar di hari kedua Gawai
Kebakaran meranapkan kegembiraan sambutan perayaan Hari Gawai bagi 325 penghuni sebuah rumah panjang di Nanga Sigu, Pandan, Sebauh, kira-kira 147 kilometer dari sini, awal hari ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Gawai dan Pesta Kaamatan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah Pesta Kaamatan serta Hari Gawai yang disambut hari ini dan esok mempamerkan kemajmukan masyarakat Malaysia kepada dunia.
PM ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan serta Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak.
TPM, jemaah menteri ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof bersama jemaah menteri hari ini mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh masya
Hari Gawai platform penyatuan masyarakat pelbagai kaum, agama - Alexander
Perayaan Hari Gawai yang disambut bermula 1 Jun setiap tahun oleh masyarakat Dayak di Sarawak merupakan platform penyatuan masyarakat pelbagai kaum dan agama.
Bekalan beras Sabah, Sarawak cukup menjelang Kaamatan dan Gawai - Arthur
Jumlah stok sedia ada mencukupi bagi menampung keperluan beras di kedua-dua negeri itu serta Semenanjung bagi tempoh hingga lima bulan.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
TPM Zahid 'ngabang' Gawai di Kuching, Kapit
Pagi ini, Ahmad Zahid dijadual mengadakan pertemuan dengan Abang Johari di kediamannya di Petra Jaya sebelum berangkat ke Sibu.
Tragedi menjelang Gawai: Jasad remaja mangsa bot karam ditemui
Operasi mencari dan menyelamat pada Khamis telah membawa kepada penemuan jasad remaja malang tersebut.
Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Hari Gawai
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Gawai kepada semua yang meraikan perayaan itu.