awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COO syarikat konsesi lebuh raya mengaku tidak bersalah terima suapan RM70,000

Faida Rahim
Faida Rahim
27/01/2025
04:10 MYT
COO syarikat konsesi lebuh raya mengaku tidak bersalah terima suapan RM70,000
Rostam Shahrif (kanan) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima dan meminta rasuah RM70,000 untuk memberikan pakej kerja Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) kepada Satunas Technologies Sdn Bhd. -Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Operasi (COO) sebuah syarikat konsesi lebuh raya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menerima dan meminta rasuah berjumlah RM70,000.

Ringkasan AI
  • Rostam Shahrif Tami, COO Kumpulan Prolintas, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima dan meminta rasuah RM70,000 untuk memberikan pakej kerja Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) kepada Satunas Technologies Sdn Bhd.
  • Kesalahan didakwa dilakukan pada 12 April 2023 di tempat letak kereta Masjid Ibnu Mas'ud, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
  • Mahkamah menetapkan ikat jamin RM60,000, memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport dan melapor diri ke pejabat SPRM setiap bulan. Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum RM10,000.

Tertuduh, Rostam Shahrif Tami, 59, yang merupakan COO bagi Kumpulan Prolintas mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Tertuduh yang kini sedang bercuti dari tugas didakwa menerima rasuah daripada wakil Satunas Technologies Sdn Bhd untuk memberikan pakej kerja bagi Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) kepada syarikat tersebut.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 12 April 2023, di tempat letak kereta Masjid Ibnu Mas'ud di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
Kesalahan didakwa di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum RM10,000.
Mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM60,000 dan memerintahkan Rostam Shahrif menyerahkan pasport serta melapor diri ke pejabat SPRM yang terdekat setiap bulan.
Tertuduh diwakili oleh peguam Tan Sri Dzulkifli Ahmad, manakala Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa mengendalikan kes tersebut.
Media sebelum ini melaporkan lapan individu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) dan dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya direman selepas disyaki meminta serta menerima rasuah membabitkan pembinaan dua projek lebuh raya di Lembah Klang.
Topic Berkaitan
#SPRM
#PROLINTAS
#Satunas Technologies
#Rostam Shahrif Tami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan