awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Counter setting: Dua pegawai imigresen ditahan termasuk dalang utama

Bernama
Bernama
19/09/2024
12:30 MYT
Counter setting: Dua pegawai imigresen ditahan termasuk dalang utama
Menurut sumber, dua lelaki berusia lingkungan 30 dan 40-an itu ditahan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan pada 3 pagi dan 5.40 petang semalam ketika hadir bagi dirakamkan keterangan. - BERNAMA
SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan dua pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen (JIM) termasuk seorang suspek utama dipercayai terlibat dalam membawa masuk warga asing menggunakan modus operandi 'counter setting'.
Menurut sumber, dua lelaki berusia lingkungan 30 dan 40-an itu ditahan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan pada 3 pagi dan 5.40 petang semalam ketika hadir bagi dirakamkan keterangan.
"Dua individu terbabit dipercayai bersekongkol dengan ejen-ejen sindiket membawa masuk warga asing yang tiba menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan KLIA2.
"Mereka dipercayai menerima wang rasuah daripada ejen-ejen sindiket selain bertindak mengatur urusan laluan kaunter khas bagi melepaskan warga asing tanpa mengikut pemeriksaan sepatutnya di pintu masuk udara negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kedua-duanya suspek dibawa ke Mahkamah Seremban pagi tadi dan Majistret Fairuz Syuhada Amran membenarkan suspek utama direman selama lima hari sehingga 23 Sept ini manakala seorang lagi direman tujuh hari hingga 25 Sept.
Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap kedua-dua pegawai berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata seorang pegawai kanan imigresen, dipercayai merupakan dalang di sebalik sindiket 'counter setting', antara 60 individu ditahan kerana dipercayai membenarkan kemasukan warga asing ke negara ini tanpa pemeriksaan dokumen lengkap dan prosedur yang ditetapkan.
Suspek yang telah berkhidmat 20 tahun dengan jabatan itu ditahan 5 Sept lepas dan disyaki mempengaruhi lebih 50 pegawai untuk terlibat dalam kegiatan tidak bertanggungjawab itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#counter setting
#pegawai imigresen ditahan
#dalang utama
#SPRM Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan