awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Country Heights memiliki projek hartanah bernilai RM920 juta

Bernama
Bernama
28/06/2023
21:15 MYT
Country Heights memiliki projek hartanah bernilai RM920 juta
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022, CHHB mencatatkan kerugian bersih RM81.63 juta berbanding keuntungan bersih RM2.64 juta dalam tempoh yang sama sebelumnya. - Foto Facebook/Country Heights Holdings Bhd
SERI KEMBANGAN: Country Heights Holdings Bhd (CHHB) memiliki projek hartanah dengan gabungan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM920 juta bagi memacu perniagaannya pada 2023.
Pengarah urusan yang baru dilantik, Datuk Mircle Yap berkata CHHB sedang membangunkan Mines Beach Suite dengan GDV sebanyak RM600 juta, projek perumahan Jitra RM200 juta di Kedah, pembangunan perumahan Cyberlake Heights dan hab perindustrian Pajam di Negeri Sembilan, masing-masing dengan GDV RM60 juta. Kesemuanya akan dilancarkan tahun ini.
"Kami mahu semua aset yang kami ada mempunyai nilai kewangan. Jenama CHHB telah berada di pasaran selama lebih 39 tahun dan kami berharap pengurusan baharu dapat membawa jenama itu lebih jauh. Kami mempunyai banyak rancangan untuk syarikat ini," kata Yap kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu pada Rabu.
Syarikat itu merancang untuk membina 387 unit kediaman dua tingkat dan 64 unit kediaman berkembar di tanah seluas 16.19 hektar (40 ekar) di Jitra manakala 60 lot perindustrian pegangan bebas sedang dirancang untuk hab perindustrian Pajam.
Kumpulan itu juga akan mempercepatkan pembangunan hab perubatan dan kesejahteraan antarabangsanya dan meletakkan semula Mines Beach Resort menjadi destinasi percutian utama yang dikhususkan untuk mempromosikan kesihatan.
Bahagian resort, hospitaliti dan kesejahteraan GHHS Healthcare akan distruktur semula untuk menyokong pembangunan hab perubatan dan kesejahteraan antarabangsa di kawasan seluas 80.94 hektar (200 ekar).
Selain Palace of the Golden Horses dan Mines Waterfront Business Park Tower 4 dan 5, tanah rekreasi seluas 4.9 hektar (12.10 ekar) yang bersebelahan dengannya akan diperuntukkan untuk hab perubatan dan kesejahteraan antarabangsa.
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022, CHHB mencatatkan kerugian bersih RM81.63 juta berbanding keuntungan bersih RM2.64 juta dalam tempoh yang sama sebelumnya.
Hasil susut kepada RM45.84 juta berbanding RM104.91 juta sebelumnya, terutamanya disebabkan oleh penyempurnaan penjualan tanah bernilai RM54 juta pada tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Country Heights
#Mircle Yap
#projek hartanah
#GDV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan