awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan dipersembahkan taklimat pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil
Jasamu kami kenang sampai akhir hayat, kata Afnan Hamimi kepada Muhyiddin
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 1,102 warga emas, petugas barisan hadapan di Kapit mula terima dos penggalak

Astro Awani
Astro Awani
28/10/2021
04:05 MYT
COVID-19: 1,102 warga emas, petugas barisan hadapan di Kapit mula terima dos penggalak
Bahagian Kapit telah berjaya memberi vaksin kepada lebih 78,000 penduduk termasuk bukan warga negara. - Astro AWANI
KAPIT: Seramai 1,102 penduduk di sini telah mendaftar dan sedang menerima suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 yang dimulai sejak 13 Oktober lalu.
Menurut Pegawai Kesihatan Bahagian Kapit Dr Hamidi Sharkawi, fasa pertama pemberian dos penggalak di bahagian itu melibatkan beberapa golongan tertentu.
“Kita memberikan dos penggalak atau booster dose ini kepada golongan berisiko tinggi seperti para petugas barisan hadapan kita, warga emas dan penduduk yang mempunya penyakit kronik atau komorbid,” katanya kepada Astro AWANI pada Khamis.
Tambahnya sejak Program Imunisasi COVID-Kebangsaan (PICK) dimulakan bulan Februari lalu, bahagian Kapit telah berjaya memberi vaksin kepada lebih 78,000 penduduk termasuk bukan warga negara.
Pemberian vaksin itu juga katanya melibatkan pemberian vaksin dos tunggal jenis CanSinoBIO kepada seramai 249 orang penerima yang terdiri daripada golongan dewasa.
“PICK di bahagian Kapit bermula dengan Fasa 1 pada Februari lalu melibatkan golongan petugas barisan hadapan seramai lebih 2,200 orang.
“Fasa 2 dan seterusnya iaitu golongan warga emas dan berisiko tinggi kemudian dibuka kepada kesemua golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas pada pada April lalu dengan jumlah keseluruhan penerima melebihi 61,000 orang,” katanya lanjut.
Tambah Dr Hamidi, program 'mobile-outreach' juga antara komponen penting melancarkan pelaksanaan PICK yang telah dimulai pada pertengahan bulan Jun lalu dan telah tamat pada penghujung Ogos melibatkan pemberian vaksin jenis Sinovac.
PICK untuk golongan remaja yang berusia 12 tahun hingga 17 tahun pula katanya bermula pada awal bulan September menggunakan vaksin jenis Pfizer-BioNTech.
“Disebabkan vaksin jenis Pfizer ini sensitif dengan pergerakan aktif, goncangan dan hentakan kuat, kita ada sedikit cabaran untuk melakukan program 'mobile-outreach' bagi golongan berkaitan.
“Bagaimanapun, kita berjaya melakukan program 'outreach' remaja di beberapa lokaliti yang cukup jauh dengan penghantaran vaksin secara 'cargo run' dengan jadual bulanan Program Doktor Udara (PDU) seperti di kawasan Long Singut, Sang Anau, Long Unai & Long Busang,” katanya.
Tambahnya, lebih 9,000 remaja di bahagian Kapit telah menerima dos lengkap vaksin mereka melalui beberapa mod vaksinasi antaranya di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) statik, PPV Bergerak, 'mobile-outreach' dan secara 'walk-in' yang masih dibuka di mana-mana PPV berhampiran dengan individu berkenaan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#dos penggalak
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan