KUALA LUMPUR:Malaysia mencatatkan sebanyak 1,141 jangkitan baharu COVID-19 bagi tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes pandemik itu di negara ini sebanyak 70,236 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu terdapat tiga kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini menjadi 10,799 kes,” katanya dalam sidang media hariannya pada Jumaat.


Bagi penularan mengikut negeri, kawasan Lembah Klang mencatatkan pertambahan kes tertinggi dengan sebanyak 578 kes diikuti Selangor dan Sabah masing-masing mencatatkan pertambahan sebanyak 320 kes serta Wilayah Persekutuan sebanyak 256 kes.

Beliau juga memaklumkan bahawa tiada sebarang pertambahan kes kematian baharu akibat COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kekal 376 kes.

Setakat ini juga, kata beliau, terdapat 129 pesakit yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, dalam tempoh 24 jam juga, angka pesakit yang sembuh daripada pandemik berkenaan mencatatkan pertambahan 1,144 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh akibat COVID-19 kini sebanyak 59,061 kes.
Ikuti perkembangan terkini COVID-19 di sini