KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan sebanyak 1,175 kes sembuh pada Khamis, menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 340,242 kes.

Berikut adalah tumpuan kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

1. Sebanyak 1,285 kes baharu COVID-19 direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 355,753 kes.

2. Sebanyak 17 kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara.

3. Terdapat pertambahan sebanyak empat kes kematian baharu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 1,308 kes.

4. Selangor merekodkan angka tertinggi bagi pertambahan kes harian iaitu sebanyak 374 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 211 kes dan Pulau Pinang sebanyak 162 kes.

5. Sebanyak empat kluster dilaporkan hari ini membabitkan negeri Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Pahang.

BACA: COVID-19: 1,285 kes baharu, empat kematian direkodkan