KUALA LUMPUR: Sebanyak 11 kluster baharu telah dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan (KKM) pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan dua kluster tempat kerja, tiga komuniti, empat kluster pendidikan, satu kluster keagamaan dan satu dari pusat tahanan.

Berikut adalah perincian bagi 11 kluster-kluster berkenaan:

1. Kluster Jalan Anggerik 21

Kluster sekolah / institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.

Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 21 April 2021 hasil saringan bersasar melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Anggerik 21, Taman Johor Jaya, Johor Bahru.

2. Kluster Pengkalan Batik

Kluster sekolah / institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Alor Gajah di Melaka.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke372827) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

3. Kluster Anggerik Cempaka

Kluster sekolah / institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Baling di Kedah.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-376762) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

4. Kluster Jalan Langat Ceria

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Hulu Langat, Petaling, Klang, Kuala Langat, Gombak, dan Sepang di Selangor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-373114) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

5. Kluster Sungai Lemayong

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Meradong di Sarawak.

Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 12 April 2021 hasil saringan bersasar komuniti yang menetap di Sungai Lemayong, Sarikei.

6. Kluster Pintasan Kampung Jawa

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Barat Daya, Timur Laut, dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang.

Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Pintasan Kampung Jawa 1, Kawasan Perindustrian Bayan Lepas, Barat Daya.

7. Kluster Putra Tiga

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Putrajaya di WP Putrajaya, daerah Petaling dan Sepang di Selangor serta daerah Seremban di Negeri Sembilan.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-379526) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

8. Kluster Duranda Emas

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Serian di Sarawak.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-363232) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 April 2021 hasil saringan rentas daerah.

9. Kluster Taman Mesra Bako

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuching dan Samarahan di Sarawak.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-357058) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

10. Kluster Pagar Siput Dua

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor.

Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 21 April 2021 hasil saringan bersasar tahanan melibatkan sebuah pusat tahanan yang terletak di Jalan Sungai Siput, Pekan Kota Tinggi, Kota Tinggi.

11. Kluster Jalan Perai Jaya

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-365378) dilaporkan positif COVID-19 pada 14 April 2021 hasil saringan individu bergejala.