KUALA LUMPUR: Sebanyak 14,554 kes baharu COVID-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam yang lalu menjadikan kes kumulatif sebanyak 2,171,232 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Sarawak merekodkan jumlah kes baharu tertinggi dengan 2,825 kes.

Ia diikuti Selangor dengan 2,244 kes, Johor (1,807), Sabah (1,273), Pulau Pinang (1,231) dan Perak (1,144).

"Beberapa negeri melaporkan kes positif tiga angka termasuk Kelantan dengan 910 kes diikuti Kedah (908), Terengganu (690), Pahang (598), Melaka (401), Kuala Lumpur (271) dan Negeri Sembilan (157).


"Perlis dan Putrajaya mencatatkan jumlah kes dua angka dengan masing-masing 65 dan 30 kes.

"Manakala tiada kes baharu direkodkan di Labuan dalam tempoh 24 lalu," katanya.