KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 16 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada Rabu, menjadikan jumlah kluster keseluruhan dalam negara bertambah kepada 685 kluster.
Daripada 16 kluster baharu, 11 berpunca dari tempat kerja dan kesemua kluster itu melibatkan sembilan negeri iaitu Johor, Terengganu, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Sabah, Perak, Pahang dan Melaka.
Berikut adalah ringkasan bagi kluster-kluster tersebut:-
KLUSTER TAPAK BINA JALAN ABDUL AZIZ
- Kluster tempat kerja melibatkan daerah Petaling (Selangor)
- Kes dilaporkan positif pada 20 Januari
- Sejumlah 56 kes dikesan positif COVID-19
KLUSTER BESTARI RANTAU
- Kluster tempat kerja melibatkan daerah Klang (Selangor)
- Kes dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Januari
- Sejumlah 16 kes dikesan positif COVID-19
KLUSTER JALAN SEJAHTERA
- Kluster tempat kerja melibatkan daerah Titiwangsa (Kuala Lumpur)
- Kes dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Januari 2021
- Sejumlah 15 kes dikesan positif COVID-19
KLUSTER TAPAK BINA JALAN DIGITAL
- Kluster tempat kerja melibatkan daerah Kulai( Johor) dan Hulu Terengganu (Terengganu)
- Kes dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari
- Sejumlah 48 kes dikesan positif COVID-19
KLUSTER JALAN NIAGA
- Kluster ini melibatkan daerah Kota Tinggi dan Kluang (Johor)
- Kes dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Januari
- Sejumlah 18 kes dikesan positif COVID-19
KLUSTER TAMPOI LIMA
- Kluster tempat kerja melibatkan daerah Johor Bahru (Johor)
- Kes dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Januari
- Sejumlah 26 kes dikesan positif COVID-19
KLUSTER JALAN SEROJA
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai (Johor)
- Kes dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Januari
- Sejumlah 10 kes dikesan positif COVID-19
KLUSTER JALAN KKIP SELATAN
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu (Sabah)
- Kes dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Januari 2021
- Sejumlah 14 kes telah dikesan positif COVID-19
KLUSTER KAMPUNG BALIBATA
- Kluster ini melibatkan daerah Beaufort dan Sandakan (Sabah)
- Kes dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Januari
- Sejumlah 35 individu telah disaring, di mana kesemua kes dikesan positif COVID-19
KLUSTER SUNGAI IBOR
- Kluster ini melibatkan daerah Rembau (Negeri Sembilan)
- Kes dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Januari
- Sejumlah 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER BATU ENAM
- Kluster ini melibatkan daerah Batang Padang, Perak.
- Kes dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Januari 2021
- Sejumlah 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER PERSIARAN TASEK
- Kluster ini melibatkan daerah Batang Padang, Kinta, dan Kuala Kangsar di Perak.
- Kes dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Januari 2021
- Sejumlah 20 kes telah dikesan positif
KLUSTER TAPAK BINA BUKIT SEBUKOR
- Kluster tempat kerja ini melibatkan sebuah tapak binaan di daerah Melaka Tengah (Melaka)
- Kes dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Januari 2021
- Sejumlah 28 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN USAHA
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Melaka Tengah, Alor Gajah, dan Jasin di Melaka
- Kes dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Januari
- Sejumlah 36 kes telah dikesan positif COVID-19
KLUSTER SAWMILL LUIT
- Kluster ini melibatkan daerah Maran dan Kuantan di Pahang.
- Kes dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Januari 2021
-Sejumlah 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER BUKIT GELUGOR
- Kluster ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang.
-Kes dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Januari 2021
-Sejumlah 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
BACA: COVID-19: Selangor rekod kes tertinggi, ini tumpuan kenyataan media KKM
BACA: COVID-19: Lebih 4,000 kes baharu, kes aktif kini lepasi 41,000
Faris Danial Razi
Wed Jan 20 2021

Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 16 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada Rabu. - Bernama

Dewan Senat Australia lulus rang undang-undang bayaran untuk kandungan berita
Dewan Senat Australia meluluskan rang undang-undang yang memerlukan Facebook dan Google memberi bayaran bagi setiap kandungan berita yang dikongsikan di platform mereka.

Jenayah | Lolos 13 hari, lelaki Rusia akhirnya ditahan
Setelah 13 hari lolos dari tahanan untuk mengelakkan diri daripada dihantar pulang ke negara asal. Seorang warga Rusia yang menjadi buruan polis antarabangsa (Interpol), berjaya ditahan di Bali, Indonesia. Andrei Kovalenka yang menggunakan nama samaran Andrew Ayer ditahan bersama pasangannya, Ekaterina Trubkina.

Vaksinasi COVID-19 | Ibu bapa di UK terima baik pembukaan sekolah
Kelonggaran itu bakal mengenakan sesi persekolahan di seluruh uk untuk kembali dibuka menjelang 8 Mac. Menurut Pengerusi Mercy UK, Haliza Hashim, pihak ibu bapa dilihat bersedia dan menerima baik mengenai berita pembukaan sekolah itu.

5G | SPV pastikan syarikat penyedia tidak terbeban
Penubuhan Syarikat Bertujuan Khas Kerajaan Malaysia (GOM-SPV) untuk pelaksanaan rangkaian 5G yang akan dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dibuat bagi mengelak beban pelaksanaan rangkaian 5G tidak terletak pada bahu pihak penyedia perkhidmatan. Pada masa sama, penyedia perkhidmatan sedia ada dapat meneruskan usaha pelaksanaan gentian optik serta memperbaiki liputan dan kualiti 4G, jelas MCMC menerusi satu kenyataan.

Vaksin COVID-19 | Merealisasikan 'senyum tanpa topeng, peluk tanpa jarak'
'Senyum tanpa topeng, peluk tanpa jarak' - sesuatu yang mungkin sukar direalisasikan tatkala pandemik COVID-19 masih memuncak ketika ini. Namun, impian itu mungkin menjadi nyata tatkala warga dunia kini mula menerima dos vaksin COVID-19 daripada pelbagai pengeluar.

MySejahtera | 505,565 telah daftar suntikan vaksin COVID-19
Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains Teknologi dan Inovasi berkata, setakat jam 4.30 petang tadi, sejumlah 505,565 pendaftaran telahpun diterima.

Vaksin COVID-19 | Vaksin bukan alasan henti amalan norma baharu
Meskipun negara telah memperoleh vaksin, namun ia tidak bermaksud langkah mengamalkan norma baharu telah terhenti. Pakar Perunding Respitori Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Helmi Haja Mydin berkata keberadaan vaksin hanya satu senjata yang perlu disokong dengan amalan norma baharu bagi mengurangkan lagi penularan COVID-19.

Vaksin COVID-19 | Perihal logistik diberi keutamaan
Keperluan logistik menjadi keutamaan kerajaan negeri Sarawak dalam menjayakan program imunisasi vaksin COVID-19 negeri itu. Menurut, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, sejumlah RM30 juta diperuntukkan untuk urusan logistik.

Tidak mustahil PRU-15 September ini - Khairy Jamaluddin
Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) mungkin akan diadakan seawal September ini, sebaik sahaja separuh daripada populasi negara menerima suntikan vaksin COVID-19.

Parlimen boleh diteruskan tanpa nasihat PM - Ku Li
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mempunyai kuasa memanggil sidang Parlimen tanpa nasihat daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau menyambut baik kenyataan Istana Negara pada Rabu berhubung kebenaran sidang Parlimen sewaktu tempoh darurat.

Banyak negeri buat persiapan rapi 'sambut' ketibaan vaksin COVID-19
Menjelang hari pertama, fasa pertama pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan esok, kebanyakan negeri dilihat cukup teruja.

Keputusan Abdul Azeez batal tuduhan rasuah 12 Mac
Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

COVID-19: 2,468 kes baharu, 4,055 sembuh dan 14 kematian
Malaysia merekodkan sebanyak 2,468 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 288,229 kes.

Pemandu teksi cedera, lelaki menyamar penumpang bawa lari kenderaan
Kejadian berlaku ketika mangsa sedang mengambil seorang penumpang di Jalan Raja Laut di ibu negara untuk dibawa ke Batu Caves.

Residensi Prihatin projek rumah mewah, harga mampu milik
Annuar berkata, menerusi sasaran itu, sebanyak 20,000 unit akan dibina di Kuala Lumpur, 15,000 unit di Putrajaya manakala 5,000 unit di Labuan.

Vaksin COVID-19: 'Terima kasih berjaya bawa pulang vaksin untuk rakyat' - Menara kawalan
Ketibaan kumpulan pertama vaksin COVID-19 di negara ini pada Ahad membuka lembaran baharu dalam peperangan menentang COVID-19 sejak setahun lalu.

Cabaran di sebalik penerbangan vaksin - DHL Express
Kejayaan kumpulan pertama Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech tiba di negara dibawa menaiki pesawat Malaysia Airlines MH604 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad memberi sinar

Vaksin Pfizer akan dihantar ke 16 PSV di seluruh negara - Khairy Jamaluddin
Vaksin COVID-19 yang telah tiba di Malaysia akan dihantar ke 16 lokasi Pusat Simpanan Vaksin (PSV) di seluruh negara.

COVID-19: 10 kluster baharu dikesan, kesemuanya berkaitan tempat kerja
Sebanyak 10 kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini, di mana kesemua kluster-kluster tersebut adalah berkaitan tempat kerja.

'RoL Virtual Bike and Run 2021' aktiviti riadah dalam norma baharu
Bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021, Tan Sri Annuar Musa berkata, River of Live Virtual Bike and Run 2021 diadakan dengan kerjasama MGBC.