awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Ringgit dibuka rendah didorong langkah elak risiko tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 17 masjid, surau di Perak ditutup sementara

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
18/05/2021
15:01 MYT
COVID-19: 17 masjid, surau di Perak ditutup sementara
Penutupan sementara itu dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi dilaksanakan di kawasan berkenaan. - Gambar hiasan/ Bernama
IPOH: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) hari ini mengesahkan sebanyak 17 buah masjid dan surau di negeri ini ditutup sementara berikutan penularan kes COVID-19 di dalam komuniti.
Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, selain itu beberapa pejabat bahagian dan pejabat agama daerah juga turut ditutup sementara.
Menurutnya, penutupan itu melibatkan 12 masjid dan surau di Ipoh selain Pejabat Bahagian Halal JAIPk di Jalan Labrooy, di sini dan Pejabat Agama Islam Daerah Bagan Datuk.
Katanya, penutupan sementara itu dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi dilaksanakan di kawasan berkenaan.
"Kerja-kerja pembersihan dan proses sanitasi sedang dilakukan di lokasi berkenaan dan pembukaan semula akan dimaklumkan kemudian," katanya di sini, hari ini.
Terdahulu tular di aplikasi WhatsApp mengenai penutupan beberapa masjid dan pejabat agensi agama di Perak.
Sementara itu, Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim menerusi kenyataan di Facebook Jabatan Mufti Negeri Perak, semala memaklumkan penutupan sementara jabatan itu.
Menurutnya, penutupan bermula dari 18 hingga 20 Mei dan sepanjang tempoh tersebut sebarang urusan akan dilaksanakan secara dalam talian.
Dalam pada itu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) turut mengumumkan penutupan sementara operasi semua kaunter MAIPk di Kompleks Islam Darul Ridzuan, kaunter di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) dan Pejabat Pentadbiran MAIPk Daerah di seluruh Perak.
Menerusi kenyataan di Facebook Zakat Perak - MAIPk, penutupan bermula pada 17 hingga 21 Mei itu dibuat bagi kerja-kerja pembersihan dan sanitasi serta proses pemulangan kutipan dan kupon zakat fitrah oleh amil.
Menurut MAIPk, sebarang urusan pembayaran zakat, fidyah dan wakaf digalakkan untuk dilaksanakan secara dalam talian
Topic Berkaitan
#masjid
#surau
#Ipoh
#Perak
#ditutup sementara
#Tular
#viral
#COVID-19
#JAIPk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan