KUALA LUMPUR: Sebanyak 17 sekolah lagi diarah tutup sementara susulan terdapat kes COVID-19 di sekolah terlibat.
Ia melibatkan sembilan sekolah di Kedah, tujuh di Pulau Pinang dan satu di Negeri Sembilan.
Di KEDAH, Pengarah Pendidikan negeri Rozaini Ahmad berkata tujuh sekolah ditutup mulai hari ini hingga esok melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Uda; SK Dato Wan Mohd Saman dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Pumpong di daerah Kota Setar; SK Dato Wan Kemara (Kubang Pasu); SK Hj Rahman (Pendang) serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lunas dan SK Junjong (Kulim).
Beliau berkata dua lagi sekolah ditutup bermula esok hingga Khamis ini membabitkan SK Iskandar dan SR Integrasi Teras Islam (SRITI) Darul Islam Jalan Kuala Kedah di daerah Kota Setar.
Di PULAU PINANG, Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Abdul Rashid Abdul Samad berkata tujuh lagi sekolah ditutup hari ini menjadikan 27 sekolah di negeri itu ditutup sejak semalam kerana terdapat kes COVID-19.
"Kami telah mengambil langkah segera mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan bagi sekolah yang ditutup, proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) berjalan mengikut jadual persekolahan seperti biasa," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Di NEGERI SEMBILAN, SMK Desa Cempaka di Nilai diarah tutup selama dua hari bermula hari ini berikutan terdapat warganya disahkan positif COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata penutupan sekolah boleh dilanjutkan melebihi tempoh dua hari berdasarkan saranan, nasihat dan penilaian risiko oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang berkaitan.
Semalam, tujuh buah sekolah di negeri itu diarah tutup sehingga esok.
Kementerian Pendidikan (KPM) telah menyelaraskan SOP sekolah yang disahkan mempunyai kes positif iaitu ditutup dua hari dan PKD akan melaksanakan penilaian risiko sama ada untuk melanjutkan penutupan itu atau tidak.
Ia juga bagi PKD melaksanakan pengesanan kontak rapat dan memantau kerja-kerja sanitasi dan disinfeksi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 27 2021
Sebanyak 17 sekolah yang ditutup melibatkan sembilan di Kedah, tujuh di Pulau Pinang dan satu di Negeri Sembilan. - Gambar hiasan/ Bernama
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
Peniaga bazar perlu jujur menjual juadah, jaga keberkatan Ramadan
Pernah atau tidak anda membeli makanan basi, atau tertipu dengan imej makanan yang tidak sama dengan dihidangkan di bazar Ramadan?
Laporan siasatan angggota bomba lemas siap lagi dua minggu
Laporan siasatan insiden seorang anggota bomba lemas ketika menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin JBPM Mak Mandin pada 22 Feb lepas, akan diperoleh dalam tempoh dua minggu.
Jabatan Patologi Hospital di Johor tetapkan SOP lebih ketat, elak rasuah
Hanya segelintir kakitangan Jabatan Patologi termasuk ahli patologi dan pembantu makmal yang sedang disiasat berhubung kes rasuah.
Melaka akan perkenal garis panduan, SOP atasi masalah kekurangan beras tempatan
Ia bagi menyelaraskan semua data bekalan beras tempatan yang akan ke Melaka dan di mana ia diedarkan.
SOP REE yang akan dikeluarkan dapat atasi masalah kecurian - Sanusi
Sanusi berkata prosedur operasi standard (SOP) melibatkan unsur nadir bumi (REE) yang akan dikeluarkan kerajaan dapat mengatasi kecurian hasil mineral itu di seluruh negara.
PRN: KKM syor guna pakai SOP kesihatan pilihan raya sedia ada
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengesyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) kesihatan pilihan raya sedia pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Langkah kerajaan kemas kini SOP COVID-19 praktikal - Pakar
Langkah berkenaan juga tepat, susulan pengisytiharan WHO bahawa COVID-19 tidak lagi dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan global.
Pelitup muka tak wajib, tapi digalakkan ketika di hospital, pengangkutan awam
Tempoh pengasingan kes disahkan COVID-19 pula dipendekkan daripada tujuh kepada lima hari dari onset gejala pertama, juga berkuat kuasa 5 Julai ini.
Jabatan Perhilitan Selangor nafi zalim, ikut SOP tangkap kera
Perhilitan Selangor nafi laporan yang mendakwa terdapat unsur kezaliman berkaitan pengurusan kawalan konflik kera di Apartment Sunway, Batu Caves.
PRN: Sekolah siap sedia dijadikan pusat pengundian - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata sekolah yang bakal dijadikan pusat pengundian di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah berada dalam keadaan siap siaga.