KUALA LUMPUR:Malaysia merekodkan kes kematian baharu tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 18 korban menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 660 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, dalam tempoh 24 jam lalu juga, sebanyak 3,631 kes baharu COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 176,180 kes.
Menurut beliau, daripada jumlah kes baharu tersebut, terdapat enam kes import yang menerima jangkitan dari luar negara.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 42,814 kes“, kata Dr Noor Hisham dalam hantarannya di akaun Twitter pada Jumaat.
Sementara itu, negeri Selangor mencatatkan kes harian tertinggi bagi penularan jangkitan COVID-19 dengan pertambahan sebanyak 782 kes dan ini diikuti Sabah, 453 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 435 kes.
Setakat ini, sebanyak 251 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 102 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dalam pada itu, jumlah kes sembuh terus catat peningkatan sebanyak 2,554 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 132,706 kes.
Hilmi Malik
Fri Jan 22 2021

Malaysia catat angka kes kematian baharu tertinggi iaitu sebanyak 18 korban, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail

COVID-19: 1,745 jangkitan baharu, tujuh kematian
Malaysia merekodkan 1,745 jangkitan baharu akibat COVID dalam tempoh 24 jam menjadikan angka keseluruhan kini sebanyak 330,850 kes.

IAMM: ASEAN teliti usaha pemulihan COVID-19
Menteri Ekonomi ASEAN telah berikrar untuk bekerja secara intensif dalam meneroka semua cara bagi mengukuhkan dan meluaskan integrasi serantau.

PBT, badan berkanun boleh keluarkan kompaun mulai 11 Mac ini
Kuasa tersebut diberikan di bawah Seksyen 25 Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, yang berkuat-kuasa 11 Mac ini.

305 lagi ditahan ingkar SOP - Ismail Sabri
Daripada 305 yang ditahan, 296 dikenakan kompaun, lapan direman dan seorang dijamin.

Dolly Parton terima suntikan vaksin yang dibiayainya
Parton menyumbangkan AS$1 juta untuk penyelidikan COVID-19, yang sebahagiannya digunakan untuk membiayai vaksin Moderna.

Menteri Besar Kelantan dimasukkan ke hospital
Datuk Ahmad Yakob dimasukkan ke wad Hospital Universiti Sains Malaysia, HUSM Kubang Kerian malam tadi.

Pemuda dan tunang didakwa edar dadah, berdepan hukuman mati
Tertuduh, Mohamad Amirul Aliff Mat Jusoh 22 tahun berdepan dengan tujuh pertuduhan manakala pasangannya Nurin Rasyiqah Adabiah Mat Ideris, 21, berdepan dengan dua pertuduhan.

Lompat Parti | Lima ADUN lompat parti disifatkan khianat
Tindakan lima ADUN Amanah yang keluar parti dan menyetakan hasrat untuk menyertai PKR, baru-baru ini disifatkan sebagai perbuatan khianat.

'Surat peletakan jawatan' Adun Sebatik: Warisan akan ambil tindakan undang-undang
Peguam Warisan didakwa mempunyai dokumen yang jelas menunjukkan bahawa Hassan A Gani bersetuju untuk meletak jawatan jika meninggalkan parti.

Harga RON95, RON97, diesel kekal
Kementerian Kewangan berkata ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

COVID-19: 1,745 jangkitan baharu, tujuh kematian
Malaysia merekodkan 1,745 jangkitan baharu akibat COVID dalam tempoh 24 jam menjadikan angka keseluruhan kini sebanyak 330,850 kes.

53,287 terima suntikan pertama vaksin COVID-19 - Khairy
Khairy berkata, Sarawak merekodkan jumlah paling tinggi menerima suntikan dos pertama melibatkan seramai 9,737 penerima.

PBKD lulus pendaftaran bersyarat bagi vaksin COVID-19, kata KP Kesihatan
Pendaftaran secara bersyarat ini memerlukan syarikat pemegang pendaftaran untuk mengemukakan analisis data-data tambahan.

COVID-19: Tujuh kluster baharu melibatkan tempat kerja, kumpulan risiko tinggi
Terdapat tujuh kluster baharu melibatkan enam kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Enam kematian baharu antara tumpuan sidang media Dr Noor Hisham
Sebanyak 1,555 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia ialah 304,135.

COVID-19: 1,555 kes baharu, enam kematian
Sebanyak 1,555 kes baharu COVID-19 direkodkan pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 304,135 kes.

10 berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
10 berita tempatan yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 1 Mac 2021.

PKP lanjut atau tidak, pengumuman mengenainya dijangka esok - Azmin Ali
Ia akan diputuskan selepas dibincangkan dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada petang Isnin.

7 lagi kluster baharu direkodkan, 10 kluster tamat
Tujuh kluster baharu direkodkan pada Isnin dengan lima daripadanya melibatkan tempat kerja, satu komuniti dan satu kumpulan berisiko tinggi.

COVID-19: 1,828 jangkitan baharu , Johor rekod 490 kes, 5 korban
Johor menjadi negeri yang paling banyak merekodkan kes positif apabila 490 kes dikesan di negeri tersebut, diikuti Selangor dengan 453 kes dan Sarawak iaitu sebanyak 220 kes.