awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 19,495 jangkitan baharu hari ini, Sarawak catat jumlah jangkitan tertinggi

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
15/09/2021
11:49 MYT
COVID-19: 19,495 jangkitan baharu hari ini, Sarawak catat jumlah jangkitan tertinggi
Sarawak catat jumlah kes jangkitan baharu tertinggi pada Rabu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah jangkitan baharu COVID-19 kembali meningkat hari ini berbanding beberapa hari sebelum ini dengan mencatatkan sejumlah 19,495 kes sepanjang 24 jam yang lalu.
Dengan jumlah baharu ini, jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini ialah 2,030,935 .
Sarawak muncul selaku negeri tertinggi merekodkan jangkitan baharu berbanding Selangor sebelum ini iaitu 4,709 kes diikuti Selangor yang mencatatkan 2,710 kes.
Ia diikuti Sabah dengan 2,015 kes disusuli Johor 1,860 kes jangkitan, Pulau Pinang 1,757 kes dan Kelantan yang mencatatkan 1,434 kes.
Wilah Persekutuan Labuan pula mencatatkan sifar kes sepanjang tempoh 24 jam setakat ini.
3) Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri (Sehingga 15 September 2021, 12:00 Tengah Hari) Bilangan kes baharu19,495 kes Bilangan kes kumulatif2,030,935 kes
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 15, 2021
COVID-19: 19,495 jangkitan baharu hari ini
COVID-19: 19,495 jangkitan baharu hari ini
Sementara itu menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 18,760 kes sembuh direkodkan setakat hari ini menjadikan jumlah kumulatif sembuh sehingga kini ialah 2,030,935 kes.
Sebanyak 1,272 kes pula terpaksa dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat Rabu dengan 641 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Selain itu KKM juga mengesan sebanyak 25 kluster baharu menjadikan jumlah kluster aktif ketika ini 1,424 kluster.
Daripada jumlah jangkitan baharu yang direkodkan hari ini 1.6 peratus melibatkan kategori 3,4 dan 5, manakala 98.4 peratus kategori 1 dan 2.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#jangkitan
#Labuan
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan