awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 2,068 kes baharu, tiga kematian direkodkan

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
01/01/2021
10:29 MYT
COVID-19: 2,068 kes baharu, tiga kematian direkodkan
DR NOOR HISHAM: Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 23,433 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Malaysia kekal catat kes harian melebihi 2,000 berkaitan COVID-19 selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sebanyak 2,068 kes direkodkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 sebanyak 115,078 kes.
Menurutnya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 23,433 kes.
"Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,066 kes," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan tiga kes kematian menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 474 kes (0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
"Terdapat 126 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.
"Bilangan kes sembuh pula adalah sebanyak 2,230 kes dan ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 91,171 kes (79.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 776 kes (37.5 peratus).
Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 425 kes (54.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
"Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 457 kes (22.1 peratus) dan Sabah sebanyak 254 kes (12.3 peratus).
"Sebanyak 18 kes (0.9 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (13 kes), Kluster Tembok Gajah (4 kes) dan Kluster Pagar Siput (1 kes)," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#ICU
#COVID-19
#unit rawatan rapi
#kesihatan
#coronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan