awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
Dokumen palsu: Bekas pengarah, penggiat seni dipenjara 6 bulan, denda RM10,000
'Alhamdulillah… Medina stabil selepas pemindahan hati'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 2,154 kes baharu, enam kematian

Hilmi Malik
Hilmi Malik
05/03/2021
10:18 MYT
COVID-19: 2,154 kes baharu, enam  kematian
Kes kematian catat pertambahan enam kes kematian baharu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 1,159 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: 2,154 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada Jumaat menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini kini sebanyak 310,097 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, sebanyak lima kes import dikesan yang menerima jangkitan daripada luar negara.
Turut dilaporkan jumlah kes yang sembuh pula adalah sebanyak 3,275 kes. Ini menjadikan kes keseluruhan yang sembuh kepada 286,904 kes.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 telah menjadi sebanyak 22,034 kes,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, kes kematian baharu terus meningkat sebanyak enam kes menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 1,159 kes.
Bagi kes harian mengikut negeri, Selangor masih berada di kedudukan tertinggi pertambahan kes harian baharu dengan sebanyak 794 kes diikuti Johor 463 kes, dan Kuala Lumpur 108 kes.
Setakat ini, sebanyak 184 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 87 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes sembuh kini telah meningkat sebanyak 3,275 kes berikutan pertambahan kes sembuh hari ini sebanyak 286,904 kes.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#KKM
#Dr Noor Hisham Abdullah
#koronavirus
#kes baharu
#kes kematian
#Noor Hisham Abdullah
#ICU
#unit rawatan rapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan