KUALA LUMPUR : Angka kes baharu COVID-19 kembali melonjak apabila sebanyak 22,242 kes baharu dilaporkan hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik melanda sebanyak 1,466,512 kes. 

Ini juga merupakan jumlah kes harian tertinggi yang pernah dilaporkan setakat ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor merekodkan sejumlah 6,858 kes harian diikuti Sabah, 2,414 kes dan Pulau Pinang sebanyak 1,867 kes. 

"Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 254,484," katanya. 

Sementara itu jumlah kes kematian secara keseluruhan kini telah mencecah sebanyak 13,302 termasuk pertambahan kes kematian baharu hari ini sebanyak 225 kes. 

Manakala Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital seluruh negara ketika ini sedang merawat sebanyak 1,060 kes dan daripada jumlah itu 540 kes memerlukan bantuan pernafasan. 

Jumlah kes sembuh hari ini dilaporkan sebanyak 19,680 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 1,198,726 kes.