awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ifa Raziah menangis berpisah dengan pembantu rumah, anggap seperti keluarga
Program Sunat Perdana bawa kanak-kanak naik beca, tonjol warisan negeri
Keputusan kes 1MDB: Reformasi institusi perlu diteruskan - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 250 lagi kematian, 49 berlaku di luar hospital

Astro Awani
Astro Awani
25/09/2021
21:32 MYT
COVID-19: 250 lagi kematian, 49 berlaku di luar hospital
Jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa mingu lalu. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sejumlah 250 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 24,931 kes, iaitu 1.15 peratus daripada 2.1 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sejumlah 49 daripada 250 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (BID).
Bagaimanapun, jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa mingu lalu.
Tunggakan kes itu berlaku kerana proses bagi mengesahkan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat wabak itu, memakan masa.
Portal GitHub menunjukkan hanya sembilan kes kematian dilaporkan berlaku semalam, namun angka itu boleh berubah sekiranya terdapat kes kematian yang masih belum dikemaskini.
Berdasarkan purata jumlah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari, trend kematian pesakit COVID-19 menunjukkan penurunan selaras peningkatan jumlah populasi lengkap divaksin serta yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Setakat semalam, sejumlah 59.2 peratus daripada keseluruhan populasi negara sudah menerima dos lengkap vaksin COVID-19, dan 69.2 peratus pula mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Daripada 324 kes kematian yang dilaporkan semalam, 65 daripadanya adalah di Selangor, disusuli Sabah (43), Johor (41), Pulau Pinang (20), Sarawak (16), Perak (14), Kedah (6), Kelantan (14), Pahang (9), Kuala Lumpur (6), Terengganu (6), Negeri Sembilan (4), Melaka (3) dan Perlis (3).
Dua wilayah lagi tidak merekodkan sebarang kes kematian iaitu Labuan dan Putrajaya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#KKM
#kes kematian
#bid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan