KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 26 lagi kluster baharu COVID-19 hari ini dengan majoritinya melibatkan kluster tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan 1,306  kluster masih lagi aktif dengan 4,048 kluster telah tamat.

Kelantan merekodkan jumlah kluster tertinggi iaitu tujuh kluster di mana dua daripadanya merupakan kluster tempat kerja dan lima lagi melibatkan kluster komuniti.

Pahang dan Perak masing-masing merekodkan empat kluster manakala, negeri Johor dan Selangor masing-masing merekodkan tiga kluster.

Dalam pada itu, Kuala Lumpur, Terengganu dan Sarawak masing-masing mencatatkan satu kluster.

Berikut merupakan perincian bagi kluster-kluster berkenaan:

Kluster-kluster baharu pada 22 September 2021

Kluster-kluster baharu pada 22 September 2021