awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 3,160 kes baharu, 25 kematian dilaporkan

Astro Awani
Astro Awani
25/12/2021
10:13 MYT
COVID-19: 3,160 kes baharu, 25 kematian dilaporkan
Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pertambahan angka baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 dalam negara adalah sebanyak 2,738,401 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 3,160 kes positif baharu COVID-19 setakat tengah hari Sabtu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pertambahan angka baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 dalam negara adalah sebanyak 2,738,401 kes.
KKM turut melaporkan 25 lagi kematian akibat COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak tersebut kepada 31,290 kes, daripada 2.72 juta kes positif yang telah dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, lima daripada 25 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).
Dalam masa sama, KKM mengesan 49 kes baharu varian Omicron di negara ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif varian dibimbangi (VOC) itu kepada 62 kes.
Ia selepas Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) menjalankan ujian PCR Genotyping Assay ke atas 145 sampel kes positif COVID-19 dalam kalangan pengembara dari 15 sehingga 21 Disember 2021.
Manakala satu kes lagi masih dalam siasatan yang disyaki berkemungkinan jangkitan tempatan varian Omicron dilaporkan di Sarawak pada 24 Disember.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Noor Hisham Abdullah
#Kes
#Omicron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan