awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belanja RM25,000 hiasi rumah, salji buatan untuk kongsi kegembiraan sambut Krismas
AS haramkan import dron, komponen buatan luar negara
Kecemerlangan Tang Jie-Ee Wei rangkul gelaran dunia warnai kalendar sukan negara 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 3,346 kes baharu, 12 lagi kematian

Astro Awani
Astro Awani
14/01/2022
10:55 MYT
COVID-19: 3,346 kes baharu, 12 lagi kematian
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 12 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dalam tempoh 24 jam lalu, jumlah kes baharu COVID-19 mencatatkan sedikit penurunan iaitu sebanyak 3,346 kes.
Menurut perkongsian terbaharu Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di akaun Twitternya, penambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara sebanyak 2,802,263 kes.
Pada 14 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,346 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,802,263 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvUkWX Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 14, 2022
"Daripada jumlah kes baharu hari ini, 3,297 kes atau 98.5 peratus adalah terdiri dari kategori 1 dan 2 manakala 49 kes (1.5 peratus) kategori 3,4 dan 5.
"Manakala kes sembuh pula adalah sebanyak 3,052 menjadikan jumlah kumulatif sembuh adalah sebanyak 2,729,943 kes atau 97.4 peratus.
"Sebanyak 204 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dimana 95 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga melaporkan tiada kes baharu COVID-19 dilaporkan di Pusat Perpindahan Sementara (PPS) menjadikan jumlahnya kekal 15 kes.
Dr Noor Hisham memaklumkan satu kes baharu COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir menjadi jumlah keseluruhan dalam mangsa banjir sebanyak 471 kes.
KKM turut melaporkan 12 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,750 orang, daripada 2.79 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tiada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#kes baharu
#KKM
#Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan