COVID-19: 35 kluster baharu, kategori komuniti tertinggi

Hilmi Malik
Ogos 4, 2021 12:08 MYT
Kelantan menyumbang sebanyak 13 pertambahan kluster baharu hari ini, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Sebanyak 35 kluster baharu dikesan hari ini dengan 20 daripadanya disumbang oleh kluster komuniti.
Sementara 14 lagi merupakan kluster kluster tempat kerja serta satu kluster keagamaan, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kelantan pula menjadi penyumbang terbesar penambahan kluster baharu iaitu sebanyak 13 kluster yang dikesan di negeri itu.
BACA: COVID-19: Rekod paling tinggi, 19,819 kes baharu, 257 kematian
Dalam masa sama, KKM memaklumkan, jumlah kluster aktif telah menjadi sebanyak 1,161.
Berikut merupakan perincian bagi setiap kluster:
#COVID-19 #KKM #Dr Noor Hisham Abdullah #Kluster baharu #Kluster tempat kerja #komuniti