awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyambungan silang rangkaian paip langkah mitigasi atasi masalah air di Papar
MTL: JAKOA peruntuk lebih RM146,000 bantuan bakul makanan di Kelantan
Indonesia usaha memudah cara eksport tuna sifar tarif ke Jepun di bawah IJEPA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 36 peniaga di Pasar Besar Kedai Payang dijangkiti, tiada kematian - JKNT

Bernama
Bernama
15/11/2021
09:33 MYT
COVID-19: 36 peniaga di Pasar Besar Kedai Payang dijangkiti, tiada kematian - JKNT
JKNT akan sentiasa memastikan langkah pencegahan dan kawalan sewajarnya bagi memastikan penularan COVID-19 dapat disekat. - Foto: Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) hari ini menafikan berlakunya kematian peniaga di Pasar Besar Kedai Payang di sini, akibat COVID-19 seperti yang tular menerusi media sosial baru-baru ini.
Pengarahnya Datuk Dr Kasemani Embong berkata memang terdapat jangkitan COVID-19 dalam kalangan peniaga di pasar tersebut namun tiada kematian dilaporkan.
"Bermula 31 Oktober hingga Sabtu lepas (13 November) seramai 36 daripada 1,000 peniaga di pasar tersebut telah dijangkiti COVID-19.
"Kesemua mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Dua daripada mereka telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan kemudian telah dibenarkan pulang. Semua kontak rapat telah dikenal pasti dan dikuarantin," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Dr Kasemani meminta orang awam supaya tidak menularkan sebarang berita yang tidak sahih bagi mengelak tercetusnya kebimbangan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Beliau berkata, JKNT akan sentiasa memastikan langkah pencegahan dan kawalan sewajarnya bagi memastikan penularan COVID-19 dapat disekat.
Antara laporan yang tular itu kononnya beberapa peniaga di Pasar Besar Kedai Payang telah meninggal dunia akibat COVID-19 dan ramai yang ditidurkan serta menasihatkan orang ramai agar tidak berkunjung ke pasar tersebut demi keselamatan diri masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kedai payang
#COVID-19
#jabatan kesihatan
#pasar besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan