KUALA LUMPUR: Sejumlah 388 kematian akibat COVID-19 yang direkodkan setakat 11.59 malam, 17 September.

Jumlah kematian yang dilaporkan itu termasuk tunggakan kes (backlog) yang belum dilaporkan sebelum ini.

Berdasarkan data yang dikongsikan melalui laman sesawang COVIDNOW, daripada jumlah itu, 108 kes merupakan kematian sebenar purata tujuh hari.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes korban akibat COVID-19 di Malaysia adalah 22,743.

Manakala 64 kematian lagi dilaporkan melibatkan 'brought-in-dead' (BID).

Dengan pertambahan itu, jumlah kes yang masih lagi aktif adalah 221,339.

Daripada jumlah itu, seramai 11,661 pesakit COVID-19 ditempatkan di hospital.

Jumlah itu bersamaan 71.1 peratusan penggunaan keseluruhan katil di hospital.

Dalam pada itu, laman sesawang COVIDNOW turut berkongsi, jumlah mereka yang menjalani kuarantin di rumah adalah 183,897 atau 83.1 peratus.