KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 39 lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang bermula 30 Julai hingga 12 Ogos, 2021.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19.

Beliau memaklumkan, PKPD di Sabah membabitkan 11 lokaliti di Tuaran iaitu di Kampung Betutai, Kampung Bolong Baru, Kampung Bontoi, Kampung Kindu, Kampung Lapasan, Kampung Serusop, Kampung Sungai Damit, Kampung Timbok, Kampung Simpangan, Taman Sri Rugading dan Taman Telipok Ria.

Selain di Tuaran, Hishammuddin juga memaklumkan, empat lokaliti dikenakan PKPD di Sandakan membabitkan Flat LPPB Sri Taman, Lorong 1-8, Taman Kenari, Taman Mawar dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni.

"Manakala di Penampang pula, tiga lokaliti membabitkan Apartment Taman Suria, Kampung Mangkadatan Notoruss dan Taman Penampang Fasa 2 manakala tiga lokaliti di Tawau adalah Kampung Lahat-Lahat Pulau Sebatik, Taman Perwira Ranggu dan Blok 5 Kampung Titigan.

"Sementara dua PKPD dilaksanakan di Kinabatangan, membabitkan Ladang Bukit Mas dan Ladang Linbar 1 manakala di Tenom, dua lokaliti terbabit PKPD adalah Kampung Mamaitom dan SKIM Kuala Tomani, sementara di Putatan juga dua lokaliti dilaksanakan PKPD membabitkan Kampung Meruntum Fasa 3 dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Keramat.

"Empat lagi lokaliti di Sabah yang dilaksanakan PKPD membabitkan Kampung Talantang 1 di Kota Marudu, Country Heights Fasa 2 dan Fasa 3 (termasuk bangunan kedai) di Penampang, Kampung Ayer di Kudat dan Kampung Pengalat Besar di Papar.

"PKPD di Kelantan pula adalah di Kampung Cekau, Kampung Jedip WCT, Kampung Seng Sang, Kampung Lojing, Kampung Sendrop dan Kampung Penangau di Pos Brooke di Gua Musang.

"Dua lokaliti di Pahang terbabit PKPD adalah Taman Amalina Lestari, Mukim Gali di Raub dan Ladang Bukit Berembun, Mukim Keratong di Rompin," katanya dalam kenyataan harian perkembangan PKP pada Rabu.

Hishammuddin juga memaklumkan satu lokaliti di Sabah membabitkan Blok Angsana & Blok Sumboi-Sumboi, Kg Seberang Benoni di Papar yang sepatutnya ditamatkan PKPD pada 29 Julai, dilanjutkan dari 30 Julai hingga 12 Ogos.

Selain itu, beliau juga memaklumkan penamatan PKPD di empat lokaliti di Sabah membabitkan Kampung Lubak di Beaufort, Blok 2, Blok 6 & Blok 9, PPR Taman Mesra di Sandakan, Kampung Melamam di Sipitang dan Kampung Landung Ayang di Kudat pada 28 Julai