KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,116 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada Sabtu menjadikan jumlah kumulatif terkini adalah sebanyak 2,829,089 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan daripada 4,116 kes harian, 4,077 atau 99.1 peratus terdiri daripada kategori 1 dan 2 manakala baki 39 kes (0.9 peratus) adalah kategori 3,4 dan 5.
Beliau juga memaklumkan sebanyak 2,858 kes sembuh direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif ialah sebanyak 2,753,119 kes.
Sebanyak 141 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 62 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 16 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,869 orang, daripada lebih 2.8 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, dua kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Untuk rekod, kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Astro Awani
Sat Jan 22 2022

Sebanyak 2,858 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 2,753,119 kes. - Gambar fail

Dua beranak ditemukan mati dalam rumah
Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya ditemukan mati dalam sebuah rumah di Kampung Baru Kundang, Rawang, Selangor, pagi tadi.

WHA | Malaysia sebagai Naib Presiden Perhimpunan
Malaysia akan mengambil tempat sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) secara rasmi pada Ahad.

10 Berita Pilihan - (22 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Australia Memilih | Bekas koperal polis dari Johor menang di Tangney
Berasal dari Johor, bekas anggota Polis Diraja Malaysia, Sam Lim menang di kerusi Parlimen Tangney, di Perth, Australia dalam pilihan raya pada Sabtu. Kemenangan mengejut itu menyaksikan calon Parti Buruh itu berjaya mengatasi Ben Morton, calon Parti Liberal dan sahabat rapat kepada bekas Perdana Menteri Scott Morrison.

Menuju Fasa Endemik | Yayasan AIDS Malaysia komited tingkat usaha perangi HIV
Yayasan AIDS Malaysia (MAF) komited dalam usaha menangani peningkatan kes penyakit HIV dan AIDS selepas negara beralih ke fasa endemik. Pengerusinya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, sebelum ini pihaknya mengalami kekangan untuk melaksanakan program berkaitan berikutan memberi laluan kepada mereka yang terlibat untuk membantu memerangi pandemik COVID-19.

Pembelian Aset | Tiada tempat untuk rasuah, ketirisan, pembaziran
Kementerian Pertahanan memberikan sepenuhnya kuasa kepada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam menentukan hal-hal berkaitan pembelian aset baharu mereka pada masa depan. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia bagi memastikan tidak berlaku sebarang ketirisan, pembaziran atau aktiviti rasuah dalam membekalkan sumber kewangan kepada ketiga-tiga agensi berkenaan.

Mikromobiliti | Garis panduan kenderaan mikromobiliti akan diumumkan
Garis panduan berhubung penggunaan kenderaan mikromobiliti akan diumumkan tidak lama lagi. Demikian jelas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berhubung isu penggunaan kenderaan itu yang sering diperdebatkan pelbagai pihak.

Pemilihan PKR Sabah, Sarawak, Perak berlangsung lancar, terkawal
Pemilihan PKR 2022 peringkat negeri secara fizikal di Sabah, Sarawak dan Perak berakhir hari ini, dengan keseluruhannya berlangsung dalam keadaan terkawal.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Mei 2022.

Khairy Jamaluddin dilantik Naib Presiden WHA ke-75
Khairy Jamaluddin secara rasmi dilantik sebagai salah seorang Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 pada Ahad.

WHO beri ingatan, COVID-19 belum berakhir
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi ingatan bahawa pandemik COVID-19 masih belum berakhir.

MAF komited tangani peningkatan kes HIV, AIDS - Dr Adeeba
Sebelum ini MAF alami kekangan untuk melaksanakan program berkaitan berikutan banyak pihak yang terlibat membantu memerangi COVID-19.

Tidak pernah dijangkti COVID-19... Ada penjelasan sains atau sekadar bernasib baik?
Apabila dijangkiti, terdapat perbezaan tindak balas imun individu terhadap SARS-CoV-2 yang memainkan peranan dalam menentukan tahap gejala.

COVID-19: Tiada respons dari Korea Utara terhadap tawaran vaksin AS
Korea Utara menolak tawaran vaksin daripada Covax serta dari Korea Selatan, malah dilaporkan turut menolak beberapa tawaran bantuan lain.

COVID-19: Lebih 1.1 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi
Sebanyak 1,671,828 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Tempoh sektor pelancongan pulih bergantung pembukaan sempadan luar
Tempoh sektor pelancongan negara untuk kembali pulih seperti sebelum pandemik COVID-19 bergantung kepada pembukaan sempadan negara luar.

MAIS tetap pendirian tamat kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka dengan isu penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) susulan menolak pengambilan vaksin COVID-19.

1,099,250 kanak-kanak lengkap vaksinasi COVID-19 setakat semalam
Sebanyak 1,665,098 kanak-kanak atau 46.9 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

COVID-19 di China: Shanghai catat kes baharu selepas lima hari sifar kes
Ia sekali gus mencetuskan kemungkinan akan berlaku sekatan dan ujian saringan besar-besaran di satu-satu daerah.

Ayah meninggal dunia pada hari akhir peperiksaan, pelajar USM ini fokus peroleh kecemerlangan
"Ia adalah kehendak ayah yang mahu anak-anaknya berjaya walaupun dia sudah tiada di sisi kami."