KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 pada Selasa kembali meningkat ke 4,204 berbanding 3,213 pada hari sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah kepada 4.687 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, lapan kes kematian dicatatkan dengan dua daripadanya berlaku di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 44,278, dengan 96.3 peratus atau 42,661 sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 1,537 kes dirawat di hospital dengan 56 kini ditempatkan di wad ICU, dengan 36 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 4,582 sembuh.