MALAYSIA
COVID-19: 40 lagi kematian direkod, 8 BID

KKM melaporkan 40 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi. -Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 40 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,280 orang daripada lebih 2.6 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, lapan daripada 40 kes kematian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 67,252 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 54,403 individu atau 80.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 7,061 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 5,278 kes dirawat di hospital dan 510 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 252 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 258 lagi memerlukan mesin ventilator.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami