KUALA LUMPUR: Setakat ini, seramai 46.7 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Pada masa sama, 21.8 peratus populasi tersebut telah mendapat dua dos lengkap, menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan terhadap Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), khususnya kepada petugas barisan hadapan dan sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
"Alhamdulillah semalam, kita telah berjaya mencapai kadar vaksinasi harian tertinggi setakat ini iaitu 507,050 dos.
"Ini menjadikan jumlah individu yang telah menerima dos pertama sehingga semalam ialah 10,920,862 dan sejumlah 5,104,054 individu telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.
"Sukacita saya juga ingin mengumumkan bahawa seramai 46.7 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos dan seramai 21.8 peratus pula telah mendapat dos yang penuh.
"Pencapaian ini selari dengan sasaran yang ditetapkan dan sudah semestinya perlu dipertingkatkan lagi supaya sasaran 26 juta penduduk Malaysia menerima vaksinasi lengkap berjaya dicapai," katanya.
Muhyiddin berkata, sejak 12 Julai lalu, PICK berjaya merekodkan pemberian dos harian lebih 400,000 hampir setiap hari.
Dengan vaksinasi, katanya, negara dapat mengurangkan beban kes di hospital dan mengurangkan kes-kes jangkitan teruk, seterusnya melancarkan usaha menjayakan Pelan Pemulihan negara.
Hafizi Rosli
Fri Jul 23 2021
Muhyiddin berkata, pencapaian ini selari dengan sasaran yang ditetapkan iaitu 26 juta penduduk Malaysia menerima vaksinasi lengkap. Gambar hiasan/Astro AWANI
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Kertas Putih Kesihatan: Tanpa PICK, kes COVID-19 lebih 10 juta - KKM
Kerajaan Malaysia telah berjaya menguruskan pandemik COVID-19 menerusi pendekatan multi strategi.
KKM hargai penglibatan NGO bantu jayakan program vaksinasi
Inisiatif seperti program vaksinasi dari rumah ke rumah yang digerakkan NCSM membantu KKM menjayakan PICK.
'Kerajaan sementara' ini berjaya capai banyak perkara jangka masa panjang - Khairy
Kerajaan yang dianggap sebagai kerajaan sementara ketika ini dilihat berjaya mencapai banyak perkara jangka masa panjang.
Hanya 4 kes AEFI serius babit kanak-kanak di Perak
Bagi remaja pula, sebanyak 23 kes dicatatkan dalam tempoh yang sama.
COVID-19: Kerajaan perlu pertimbang wajibkan dos ketiga
Langkah ini penting kerana jika tidak dilaksanakan ia boleh memberi masalah sistem kesihatan negara.
Vaksin COVID-19: 33.9 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sejumlah 1,733,437 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
PICKids: 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin
Sejumlah 1,727,791 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar
Pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan COVID-19.
Mahkamah Tinggi tolak saman pemula difailkan penuntut berhubung kesan vaksinasi
Hakim Datuk Amarjeet Singh, berkata Mahkamah Timbang Tara tiada bidang kuasa untuk mendaftarkan award semakan kehakiman.
1,161,503 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 48.1 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.