KUALA LUMPUR: Negara mencatatkan 5,755  kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit meningkat berbanding semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,602,835 kes.

Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 47 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 30,110 individu.

Jumlah itu juga termasuk  10 kes 'brought in dead' (BID) atau kes kematian di luar hospital.


Setakat ini, 506 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 270 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Manakala, jumlah kes sembuh yang direkodkan ialah 5,082 kes, sekali gus menjadikan angka kumulatif bagi kes sembuh adalah sebanyak 2,503,427.

Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu 98.2 peratus atau 5,654 kes melibatkan pesakit tidak bergejala dan gejala ringan.

Selebihnya merupakan pesakit kategori 3, 4, dan 5 iaitu sebanyak 1.8 peratus atau bersamaan 101 kes

Dalam pada itu, lapan kluster baharu turut dikesan dengan 234  kluster masih lagi aktif sementara 5,672 kluster telah diisytiharkan tamat.