awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi PN tidak boleh dimansuhkan berdasarkan Perlembagaan - Sanusi
PKS 2026: Optimis berhati-hati, VM2026 jadi pemangkin - Maybank
Lebih 84,000 kes harta pusaka kecil bernilai RM19 bilion berjaya diselesai tahun lepas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 5,828 kes baharu, sedikit menurun berbanding semalam

Astro Awani
Astro Awani
23/10/2021
06:03 MYT
COVID-19: 5,828 kes baharu, sedikit menurun berbanding semalam
Tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini ialah 2,426,050 kes. - Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini mencatatkan 5,828 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit menurun berbanding semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui ciapan di laman Twitternya memaklumkan, tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini ialah 2,426,050 kes.
Angka itu menurun lebih 800 berbanding kes yang direkodkan pada Jumaat, iaitu 6,630.
Sehingga 23 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,828 kes (2,426,050 kes). Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/DpPoUNwrzo
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 23, 2021
"Daripada jumlah itu, 5,731 kes atau 98.3 peratus adalah dalam kategori 1 dan 2.
"Manakala selebihnya, 1.7 peratus atau bersamaan 97 kes adalah pesakit kategori 3, 4 dan 5," katanya dalam satu kenyataan.
Unit rawatan rapi (ICU) setakat ini menempatkan seramai 643 pesakit dan daripada jumlah itu, 320 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Manakala kes sembuh hari ini adalah sebanyak 9,178 kes sekaligus angka kumulatif sembuh ialah 2,320,391.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan, terdapat dua kluster baharu direkodkan, iaitu Jalan Sentol Kluang dan Blok 03 Kinabatangan. Kedua-duanya adalah kluster tempat kerja.
Kes kematian semalam ialah sebanyak 78 kes, menjadikan angka kumulatifnya sebanyak 28,312 kes.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kes positif
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan