COVID-19: 500 pemandu bas persiaran terjejas - Mahfuz

Asyraf Roslan
Februari 18, 2020 02:45 MYT
Mahfuz berkata, Kementerian Sumber Manusia akan cuba membantu pemandu-pemandu bas yang terjejas untuk mendapatkan pekerjaan baharu. - Astro AWANI
Lebih 500 pemandu bas persiaran di Malaysia terjejas akibat penularan wabak koronavirus COVID-19 sejak Januari lalu, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar.
Menurutnya, pemandu tersebut tidak diberhentikan kerja tetapi telah tidak dibayar gaji oleh majikan mereka.
"Mereka ini tidak diberhentikan, tetapi majikan tidak mampu membayar gaji mereka, kerana tiada operasi yang berjalan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada program Hari Bertemu Pelanggan di Kementerian Sumber Manusia, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) mengakui terdapat kemerosotan dari segi ketibaan pelancong sejak penularan COVID-19 awal tahun ini.
Susulan itu, MOTAC mengambil langkah proaktif mempergiat usaha mempromosi sektor pelancongan negara, termasuk mengubah hala tuju dan promosi Tahun Melawat Malaysia.
BACA: Melaka ubah strategi pemasaran pelancongan, fokus kepada Asia Tenggara
BACA: COVID-19: Malaysia masih selamat untuk dikunjungi - TPM
Sementara itu, Mahfuz berkata, pihak kementeriannya akan cuba membantu pemandu-pemandu bas yang terjejas untuk mendapatkan pekerjaan baharu.
"InsyaAllah, pihak Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jobs Malaysia akan membantu mencari apa-apa peluang pekerjaan untuk mereka," katanya.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian terus meningkat
BACA: Pakej rangsangan ekonomi rancakkan pelancongan domestik - Azmin
#bas persiaran #COVID-19 #gaji #Jabatan Tenaga Kerja #Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia #Kementerian Sumber Manusia #kemerosotan #koronavirus #Mahfuz Omar #majikan #pelancong #pemandu bas