Melaka mengubah strategi pemasaran pelancongan dengan memberi fokus kepada pasaran Asia Tenggara terutama Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina dan Brunei susulan wabak 2019 novel koronavirus yang melanda China, sehingga menjejaskan kedatangan pelancong dari negara itu.
Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata China merupakan antara pasaran besar bagi industri pelancongan Melaka, dan kebergantungan terhadap kedatangan pelancong dari negara itu perlu dilihat semula.
Beliau berkata pembatalan saat akhir oleh pelancong China banyak melibatkan tempahan hotel dan tiket masuk ke destinasi pelancongan di Melaka.
"Penularan koronavirus memang memberi kesan kepada sektor pelancongan Melaka kerana ia paling banyak dilaporkan berlaku di China, selain turut dikesan di negara lain juga," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.
Muhammad Jailani berkata perkara itu berlaku di luar jangkaan, dan strategi lain perlu difikirkan untuk mengatasi impak kehilangan pelancong China.
Menurut Bahagian Promosi Pelancongan Melaka, pelancong China merupakan pasaran utama pelancongan antarabangsa dengan kedatangan dua juta orang atau 40.22 peratus; diikuti Singapura di kedudukan kedua iaitu seramai 718,000 atau 17 peratus; dan Indonesia di kedudukan ketiga dengan jumlah kedatangan pelancong 417,000 atau 10 peratus, dalam tempoh Januari hingga September tahun lepas.
Mengulas lanjut, Muhammad Jailani berkata situasi berkenaan juga dijangka akan memberi kesan kepada misi Melaka menjadi antara penyumbang kepada Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 29 2020
Muhammad Jailani berkata wabak 2019 novel koronavirus yang melanda China dijangka memberi kesan kepada misi Melaka menjadi antara penyumbang kepada Tahun Melawat Malaysia 2020. - Astro AWANI/HAMZAH HAMID/Gambar hiasan
Polis giat kesan tiga lelaki bakar anak kucing di Kajang
Perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
Insiden tembakan KLIA: Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu hari ini
Suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.
Nahas helikopter Lumut: Sultan Pahang titah masjid laksanakan solat jenazah ghaib
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Harimau Muda tutup kempen di Qatar tanpa sebarang kemenangan
Harimau Muda tamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata susulan tewas 0-2 masing-masing di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi pertama.
[LAPOR LANGSUNG] Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
Kedua-dua helikopter sedang menjalani raptai buat kali ketiga sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.
Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'
Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Nahas helikopter Lumut : “Anak saya wira negara” - Bapa
Mohamad Borak reda dengan apa yang berlaku kerana tragedi sebegini adalah resam sebagai pejuang negara.
Asia Tenggara berpotensi tarik lebih banyak kapitalis modal teroka - KWAP
Asia Tenggara (SEA) berpotensi menarik lebih ramai pemodal teroka apabila jurang penilaian dalam kalangan syarikat pemula niaga serantau menyatu.
Pelaburan hijau di Asia Tenggara naik 20 peratus tahun ke tahun, tahun lepas - Laporan
Pelaburan hijau di Asia Tenggara meningkat 20 peratus tahun ke tahun kepada AS$6.3 bilion (AS$1=RM4.76) pada 2023 berbanding AS$5.2 bilion pada 2022.
Konflik Israel-Hamas: Lebih 40 peratus penduduk Asia Tenggara sokong gencatan senjata - Tinjauan
Lebih 40 peratus penduduk Asia Tenggara percaya masyarakat antarabangsa harus menyokong gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Sarawak Energy kini penaung Majlis Tenaga Dunia, pertama dari Asia Tenggara
Sarawak Energy secara rasmi menjadi penaung global Majlis Tenaga Dunia, sekali gus menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara.
Jepun sasar sokongan pembayaran berasaskan kod QR bersama negara Asia Tenggara
Pada hari ini, pengguna tempatan sudah boleh menggunakan DuitNow QR di beberapa negara jiran, sekaligus memudahkan lagi pembayaran ketika melancong di negara tersebut.
Asia Tenggara berpotensi keluarkan bahan suapan SAF - Airbus
Rantau ini mempunyai potensi pengeluaran yang besar disebabkan oleh banyaknya bahan suapan selain kewujudan industri biodiesel sedia ada.
Pengajian bahasa dan peradaban Melayu harus diperluas ke seluruh Asia Tenggara - Ismail Sabri
Ismail Sabri berharap cadangan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN diteruskan.
Laluan pelancongan dengan memandu suburkan ekonomi pelancongan di Asia Tenggara - Tiong
Laluan yang dicadangkan dalam kaedah ini adalah Hat Yai-Sungai Kolok-Kota Bharu-Kuala Lumpur, dan Hat Yai-Alor Setar-George Town.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aramco sasar operasi runcit di Malaysia, Asia Tenggara
Saudi Aramco berhasrat mengembangkan aktiviti hilirannya di Malaysia sejajar dengan sasaran untuk menjadikan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Johor sebagai hab terbesar di Asia Tenggara.